Elijah Wood Anjur Pertandingan Makan 'Lord of Wings'

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUAT pertama kali, bintang Lord of the Rings, Elijah Wood telah menganjurkan pertandingan makan, 'Lord of the Wings', yang dinamakan bersempena dengan judul filem pecah panggung itu.

Elijah menganjurkan pertandingan itu di Bar Epstein di Lower East Side, Hollywood dan sanggup menunggu sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk meraikan para pemenang.

Pemenang keseluruhan yang digelar 'Big Dan' merupakan seorang pelayan bar di Max Fish.

"Malam yang sangat menggembirakan. Saya telah memakan 14 kepak ayam dalam masa 14 minit.

"Elijah seorang yang sangat baik dan dia memberi sokongan terhadap para peserta dan pertandingan ini sehingga sanggup menunggu sampai lewat malam untuk memeriahkan acara ini." demikian katanya menurut laporan akhbar New York Post, baru-baru ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan