Aman Terlalu Gemuruh Hingga Lawak Tak Menjadi

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Aman mahu terus dalam bidang seni walaupun bukan sebagai pelawak.-Foto ASTRO
Aman mahu terus dalam bidang seni walaupun bukan sebagai pelawak.-Foto ASTRO

MASIH terlalu awal untuk melihat peserta-peserta yang berpotensi sebagai bakal juara Raja Lawak musim keempat ini.

Kesemua peserta masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menyesuaikan diri dengan persembahan pentas, berhadapan kamera dan penonton.

Dengan tema ‘Aku Sebuah...& Hari Pertamaku’ peserta-peserta diminta membuat persembahan berunsur lawak dengan menyelitkan mesej yang berguna kepada penonton.

Bagaimanapun kelmarin, undian SMS telah memilih Aman atau Zulkefli Abu Bakar, 28, untuk meninggalkan Raja Lawak musim ini. Dan undian tersebut tepat dengan jangkaan pengkritik tetap iaitu Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman.

Bagi Afdlin, persembahan Aman bersama gitarnya adalah paling tidak menjadi pada malam tersebut.

"Aman ada potensi untuk pergi jauh tapi malam ni persembahannya tidak menjadi langsung. Dia tidak periksa cerita yang nak dibawa, tidak ada unsur kelakar langsung.

"Mungkin dia terlalu gemuruh sehingga dia hanya ikut jalan cerita yang telah dirancang sahaja," ujar Afdlin.

Manakala Aman yang tidak terkejut dengan penyingkirannya turut mengakui bahawa dia sendiri tidak berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan pada malam itu.

"Saya sudah terasa yang akan keluar pada malam ini, jadi keputusan ini tidak mengejutkan.

"Saya pun tidak berpuas hati dengan persembahan tersebut terutamanya dari segi intonasi suara dan aksi mimik muka masih lemah.

"Sebelum itu saya ada juga minta bantuan dan idea dari kawan-kawan dan Bob Lokman. Mungkin bukan rezeki saya," ujar anak kelahiran Tangkak, Johor ini.

Namun, Aman kata perjalanannya dalam bidang seni tidak akan terhenti di sini. Dia mungkin akan meneruskan cita-cita untuk terus berada dalam industri hiburan Malaysia.

"Saya akan teruskan perjuangan di bidang seni, jika tidak sebagai pelawak sekalipun mungkin sebagai pemuzik," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi juri, Bob Lokman berkata minggu ketiga kebiasaanya peserta akan melakukan perubahan besar dan mula tunjukan ‘taring’.

"Minggu pertama dan kedua mereka masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri, selalunya minggu ketiga peserta akan mula dapat rentak mereka sendiri.

"Penonton pula ketika ini masih lagi keliru dengan pilihan mereka, bila minggu ketiga penonton akan mula rasa yakin untuk memilih calon kegemaran mereka," ujar Bob Lokman.

Tambah Bob, mereka tidak akan teragak-agak untuk memberikan komen yang ‘pedas’ kepada peserta yang dianggap tidak berjaya menyampaikan mesej dan lawak mereka dengan baik.

"Kita akan sound direct sahaja jika mereka main-main, tapi itu bukan niat nak jatuhkan mereka. Tapi mahu supaya mereka buat perubahan besar pada minggu seterusnya.

"Tapi kita pilih juga, bukan semua boleh terima kritikan terbuka begitu. Ada sesetengah peserta yang kurang keyakinan diri, jika kita bagi ‘pedas-pedas’ takut akan ganggu prestasi mereka minggu hadapan,” ujarnya.

Peserta solo dan berkumpulan yang masih kekal ialah Alex atau Alexander Ahat, 28 (Sabah), Caca atau Abdul Halim Abdul Malek, 31 (Kedah), Faiz atau Khairul Faiz Sulaiman, 18 (Perak), Idlan atau Khairul Idlan Abdul Razak, 21 (Kedah) dan JD atau Ahmad Zaidi Masri, 30 (Perak).

Sementara empat kumpulan yang turut memberikan saingan ialah kumpulan Kecik yang dianggotai Achoe atau Mohd Ilham Rusdy, 19 dan Wan atau Safuan Madeaming (Sabah), kumpulan Mamu yang terdiri daripada Ajo atau Wan Azrul Azizan, 24 dan Abu atau Abu Musarrif Abu Bakar, 21 (Pulau Pinang), kumpulan An2 - Ijal atau Rosshahrizal Bachok, 24 dan Tepet atau Raja Nor Shafiq Azraie Shah, 20 (Johor) dan kumpulan Wili yang menggabungkan Wira atau Ismawira Bahdun, 22 dan Ali Black atau Mohammad Ali Maula Ahmad, 24, masing-masing dari KL dan Perak.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan