Persembahan Search Pulih ‘Kecacatan’ AJL24

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gbam telah 10 tahun mengimpikan untuk menerbitkan AJL.
Gbam telah 10 tahun mengimpikan untuk menerbitkan AJL.

HAMPIR sempurna persembahan semua artis selama tiga jam pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Namun begitu, kesempurnaan itu telah dicacatkan selama hampir seminit gara-gara black out semasa persembahan interlude melibatkan penyanyi Datuk Jeffrydin & Siglap 5 disiarkan di TV3.

Insiden itu menyebabkan persembahan penyanyi Jay Jay dihentikan secara tiba-tiba dan kemudian dimulakan semula.

Menurut produsernya, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam), masalah teknikal itu berlaku tanpa disedari oleh mereka.

Nasib baik dia dan krew lain berjaya mengenalpasti masalah itu yang berpunca dari pemutus litar elektrik dan akhirnya dapat diselesaikan dalam masa tiga minit.

“Sepanjang 24 tahun AJL bersiaran secara langsung, ini merupakan kali pertama masalah black out berlaku. Bagaimanapun, saya tidak menganggap insiden itu telah mencacatkan AJL24 dengan teruk dan apa yang berlaku ada hikmah sebaliknya.

“Selepas itu, kita dapat pulihkan semula tahap energy apabila persembahan artis terus naik mendadak menerusi persembahan Jay Jay dengan rambut afro. Diikuti Search yang membuatkan seluruh penonton dalam stadium memberikan standing ovation sebelum diakhiri oleh Meet Uncle Hussain.

“Alhamdulillah, semua persembahan sangat-sangat menepati apa yang dirancangkan. Saya meletakkan tahap persembahan itu hampir mengikut taraf antarabangsa,” luahnya yang telah mengimpikan untuk bergelar produser AJL sejak 10 tahun lalu.

Tambah Gbam, jika diikutkan mereka telah mencapai 80 peratus tahap idea dan konsep mengikut taraf antarabangsa namun masih tidak boleh kejar dari segi kecanggihan teknologi.

“Saya juga terharu dengan komiten artis yang menjayakan AJL24. Misalnya, Aizat kerap kali datang berjumpa saya untuk membincangkan idea untuk mempersembahkan lagu Kau Aku.

“Dalam satu hingga dua minggu sebelum AJL24, dia selalu turun padang untuk membuat grafik. Secara tidak langsung, dia telah memberikan idea untuk mencantikkan grafik.

“Begitu juga artis-artis lain seperti Tomok, Yuna, Faizal Tahir, Alyah…semuanya memberi idea kepada kami.

“Biasanya sebelum ini kita hanya gunakan grafik yang dimuat turun dan dibeli tetapi kali ini 100 peratus grafik direka dan disunting oleh Strass Solutions Sdn Bhd dengan menggunakan sistem LED,” tambahnya lagi yang berharap agar dapat melakukan AJL pada masa akan datang.

Gbam turut mengucapkan terima kasih kepada hampir 200 krew yang bertugas pada majlis bertemakan Music Unfolds itu termasuk Produser Eksekutif Mohd Suffian Isa yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya tentang produksi.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan