Paris Dan Nicky Pernah Jadi 'Ulat Buku'

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paris Hilton dan Nicky Hilton ketika di bangku sekolah. Foto- Splash News
Paris Hilton dan Nicky Hilton ketika di bangku sekolah. Foto- Splash News

TIADA siapa sangka dua bersaudara, Paris Hilton dan Nicky Hilton yang seringkali kelihatan di pesta-pesta hiburan pernah menjadi ‘ulat buku’ suatu ketika dahulu.

Melalui foto lama mereka yang tersebar di internet khabarnya diambil pada tahun 1994 ketika Paris baru berusia 13 tahun.

Paris dan Nicky mengenakan pakaian seragam sekolah sambil memegang buku di tangan mereka. Menurut Splash News, foto ini diambil di dalam perpustakaan ketika dua bersaudara itu masih di bangku sekolah Le Lycee Francais, Los Angeles.

Kini Nicky telah menjadi seorang pereka fesyen sementara Paris sendiri memilih untuk menjadi artis dengan gaya hidup Hollywood.

Namun begitu, kebelakangan ini Paris menyatakan untuk hidup tenang dan membina rumah tangga bersama kekasihnya Doug Reinhardt.

"Dia (Doug) mengajar saya erti cinta dan bagaimana menjadi orang dewasa dan hidup tenang, seperti tidak keluar rumah sekerap yang saya lakukan dahulu," ujar Paris.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan