Elyana Tangguh Kahwin?

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IKUTKAN perancangan, dia dan tunangnya Khairul Anuar Hussin sepakat untuk meletakkan tempoh pertunangan yang diikat pada 11 Julai tahun lalu, selama setahun saja. Malah, kata Erneelya Elyana Emrizal atau nama komersialnya, Elyana, dia sendiri tidak kisah memegang status isteri pada usia muda.

Namun, melihat kepada jadual kerja masing-masing pada tahun ini, ditambah pula dengan aktiviti seninyanya, penyanyi dan pelakon ini akui dia sendiri tidak pasti tarikh yang sesuai untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Ujar gadis berusia 22 tahun ini, persiapan untuk majlis bersejarahnya itu juga belum dimulakan. Namun, Elyana tidak pula berasa tertekan kerana tunangnya dan ahli keluarga tidak pernah mendesak.

"Kalau ikutkan perancangan, kami sepatutnya berkahwin sekitar bulan Jun atau Julai tahun ini. Tapi tak tahulah lagi bila...sebab saya dan tunang belum buat perancangan tentang tarikh.

"Mungkin juga kami tidak sempat untuk buat tahun ini kerana tidak ada sebarang persiapan pun lagi. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

"Tapi tak tahulah juga macam mana, sebab masih ada beberapa bulan lagi. Apapun, secara peribadi, saya sendiri memang sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan," tutur Elyana dalam nada ceria. Beralih kepada perkembangan karier seninya, kata Elyana, tahun 2010 ini juga menyaksikan buat pertama kalinya dia berani melangkah ke dalam bidang pengacaraan. Kemampuan bintang muda ini sebagai hos boleh disaksikan menerusi program masakan berjudul Ala Bufet untuk musim ketiga yang akan disiarkan di RTM1 berkemungkinan besar pada bulan hadapan.

"Sebelum ini memang banyak tawaran menjadi pengacara yang saya dapat, tapi ketika itu memang hati saya belum terbuka untuk mencuba. Tak tahulah pula mengapa saya berani untuk mengendalikan program masakan ini, mungkin juga kerana saya inginkan kelainan sempena tahun 2010 ini.

"Bagi dua musim sebelum ini, program tersebut dikendalikan oleh Serina Redzuawan. Kali ini, saya pula ditawarkan. "Kesemua 13 episod program ini sudah siap dirakamkan dan tinggal untuk ditayangkan saja. Apa yang menariknya, program musim ini saya berpeluang berkunjung ke pulau-pulau di Malaysia dan 'resort' di sana," kata Elyana.

Bercerita tentang pengalaman pertama kali menjadi hos, ujar Elyana, pada awalnya dia memang rasa tertekan dan agak kekok.

"Sebelum ini, saya ditemubual oleh orang, tetapi kali ini saya pula yang kena menemubual orang. Tak sangka susah juga...sehinggakan saya cakap pada diri sendiri 'inilah kali pertama dan terakhir saya jadi hos'.

"Tetapi lama-kelamaan, rasa seronok juga. Saya akui, tahap keyakinan saya semakin meningkat. Malah, sebab mengendalikan program masakan, pengetahuan saya tentang masakan juga bertambah," katanya yang tidak kisah untuk menerima tawaran sebagai pengacara lagi jika dirasakan bersesuaian.

Dalam pada itu, ujar Elyana, dia juga masih meneruskan aktiviti lakonan dan pada masa yang sama, sedang di dalam proses penghasilan album terbarunya.

Bercerita lanjut tentang album itu, katanya, komposer Aidit Alfian masih bertanggungjawab sebagai penerbit albumnya dan ketika ini, mereka masih di dalam proses mengumpul material.

"Insya-allah, saya merancang untuk 'release' album baru pada tahun ini juga, sebab tahun lalu saya tidak tampil dengan sebarang album. Mungkin tidak banyak kelainan dari segi konsep, cuma apa yang pasti, cara penyampaian dan muzik itu mungkin sedikit berbeza dan lebih matang," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan