Baldev Minta Bantuan JAKIM Untuk Filem ‘Rasuk’

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGARAH yang pernah mencetuskan kontroversi dengan isu Allah dalam filem ‘Akhirat’, Baldev Singh tidak pernah serik untuk mengetengahkan isu agama Islam dalam filem terbarunya ‘Rasuk’.

Untuk kesekian kalinya, Baldev membuat percubaan memikat penonton Melayu dalam filem bergenre seram yang dilhamkannya sendiri.

"Rasuk merupakan filem seram yang ada sedikit unsur-unsur agama. Untuk tidak menimbulkan kontroversi di kemudian hari, saya telah meminta bantuan daripada pihak JAKIM," kata Baldev dalam satu temubual baru-baru ini.

Katanya, JAKIM secara langsung bersetuju untuk memantau pembikinan filem ini daripada skrip sehingga ke proses akhir pembikinannya.

"Filem ini banyak mengunakan ayat-ayat suci al-Quran dan jalan cerita berkisahkan alam roh, syaitan dan pemujaan yang agak sensitif bagi umat Islam.

"Walaupun secara umum ramai orang Islam yang tahu tentang ayat-ayat al-Quran yang digunakan, tapi lebih baik jika saya terus rujuk kepada JAKIM yang diiktiraf kerajaan.

"Kini filem ini masih dalam proses penyuntingan yang mana pihak JAKIM ada bersama-sama mengikuti proses ini," jelas Baldev.

Kata pengarah yang pernah membaca al-Quran versi bahasa Inggeris ini, dia meminta jasa baik JAIS kerana tidak mahu adegan dalam filemnya dipotong sehingga mencacatkan jalan cerita.

Tambahnya, setakat ini JAKIM memberi kerjasama dan komitmen yang baik kepada produksinya.

Filem yang bakal ditayangkan pada September tahun ini merupakan filem Melayu ketiga terbitan Sri Sehab Production Sdn Bhd selepas Akhirat dan Kecoh Betul yang bakal ditayangkan Jun ini.

Ketika ditanya, adakah penglibatan JAKIM disebabkan kontroversi filem Akhirat lalu, Baldev menafikan dakwaan tersebut dan menganggap kontroversi yang berlaku disebabkan salah tafsiran oleh segelintir pihak sahaja.

"Kontroversi filem Akhirat adalah disebabkan pandangan dan tafsiran yang berbeza. Mungkin tajuk tersebut terlalu sensitif bagi segelintir masyarakat yang menganggap ia semata-mata alam selepas kematian.

"Namun sebenarnya tiada apa yang berlaku, filem 'Akhirat' juga telah ditayangkan di TV3 sempena hari raya lalu," ujarnya.

Filem ‘Rasuk’ yang diarah oleh Baldev sendiri dan ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris, berlatarbelakang sekitar tahun 40an di zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Ianya berkisar tentang beberapa kemalangan yang membabitkan pertumpahan darah dalam perebutan kuasa antara tentera Jepun dan masyarakat Melayu.

Namun pencabulan yang dilakukan kepada kaum wanita telah menyebabkan dendam orang Melayu kepada tentera Jepun.

Beberapa orang tentera Jepun telah dibunuh dan rohnya sehingga kini masih lagi berlegar-legar di kawasan banglo lama sehingga menyebabkan beberapa orang telah dirasuk.

Menurut Baldev, cerita ini tidak disadur dengan adegan seram semata-mata, malah turut menerapkan konsep 1Malaysia.

"Tidak seperti filem seram yang memaparkan imej hantu yang hodoh, kami lebih mempelbagaikan imej hantu yang lebih sedap dilihat.

"Selain itu, filem ini juga menerapkan semangat kerjasama antara kaum Melayu, Cina dan India," ujar Baldev yang berharap filem tersebut mendapat sambutan setiap lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia.

Antara pelakon yang menjayakan filem ini ialah Fauziah Gous, Ikram Dinzly, Sidek Hussin, Fauziah Nawi, Frank Peterson dan Mohd Khir.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan