Paris Hilton Bersedia Untuk Berkahwin - Berita Hiburan | mStar

Paris Hilton Bersedia Untuk Berkahwin

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paris Hilton bersedia tamatkan zaman bujang pada tahun ini. Foto -AFP
Paris Hilton bersedia tamatkan zaman bujang pada tahun ini. Foto -AFP

MENJALIN kasih selama setahun bersama Doug Reinhardt ternyata membuat Paris Hilton mengecapi bahagia. Malahan kini Paris menyatakan kesediaannya untuk berkahwin pada tahun 2010 ini.

"Kami telah bersama selama setahun dan tidak pernah berpisah walau semalam pun. Dia benar-benar menjadi sahabat terbaik saya. Dia membuat saya seperti puteri raja setiap hari," katanya seperti dipetik dari Splash News.

"Kami mungkin sahaja bernikah pada tahun 2010 ini dan melihat bagaimana indahnya semua yang terjadi antara kami, saya yakin masa depan kami akan bahagia," ujar Paris dengan yakin.

Paris menjalinkan hubungan cinta bersama Doug pada bulan Februari 2009 namun putus pada Jun tahun yang sama dan dua bulan kemudian pasangan ini kembali bersama semula.

Sebelum ini juga, Paris pernah membuat kenyataan bahawa Doug Reinhardt adalah lelaki yang bakal menjadi suaminya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan