Juliana Ibrahim Tak Sabar Timang Cahaya Mata Sulung

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAMA sungguh tidak mendengar cerita terbaru tentang pelakon dan pengacara kecil molek ini. Sejak mendirikan rumahtangga dengan jejaka Inggeris, Pelle, lebih kurang setahun yang lalu, nama Juliana Ibrahim agak 'sepi' daripada bidang seni.

Sesekali, Juliana akan hadir di majlis-majlis tertentu, itu pun jika ada yang menyedari kehadirannya di sana, apatah lagi pelakon berusia 29 tahun ini sememangnya lebih senang bersikap low-profile terutamanya jika dia tidak mempunyai sebarang cerita baru untuk dikongsi dengan media dan peminat-peminatnya.

Baru-baru ini, pelakon filem Gubra dan Jarum Halus ini sempat menceritakan sedikit perkembangan dirinya yang kini berada di Belanda bersama suami tercinta. Kata Juliana, dia sering ke sana kerana suaminya bertugas di situ.

Disebabkan itu, ujar wanita kelahiran Shah Alam, Selangor ini, dia kurang aktif dalam bidang lakonan ketika ini, apatah lagi pada masa yang sama, Juliana juga sedang hamil tujuh bulan.

"Memang saya agak senyap sedikit sejak kebelakangan ini kerana ingin memberi fokus terhadap rumahtangga. Suami pula menetap di Belanda kerana dia memang bekerja di sana, jadi saya lebih banyak berada di sana. Hanya jika suami ada urusan kerja di Kuala Lumpur (KL), barulah saya juga berada di KL.

"Sebab itulah susah sikit untuk beri tumpuan terhadap karier lakonan buat masa ini. Insya-allah, bila sudah selamat bersalin nanti dan selesai berpantang, saya ingin aktif semula berlakon. Memang dah rindu sangat untuk kembali dalam bidang ini.

"Memandangkan suami juga hanya akan bertugas di KL tidak lama lagi selama empat tahun, jadi senanglah untuk saya aktif berlakon semula.

"Dia juga memang tidak menghalang langsung saya untuk meneruskan karier seni. Cuma ketika ini, masa tidak sesuai untuk saya aktif," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini menerusi email yang dikirimnya.

Ujar Juliana yang pernah mengacarakan program So You Think You Can Dance ini, dia pernah ditawarkan untuk membintangi sebuah teater di KLPAC arahan Rey Buono tidak lama dulu, tetapi selepas tiga minggu menjalani latihan, Juliana terpaksa menarik diri.

"Memang saya sepatutnya berlakon teater itu. Tetapi doktor menasihatkan saya untuk berehat dan berhenti menjalani latihan tersebut kerana keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan ketika itu.

"Tetapi setakat ini, saya tidak ada alahan yang teruk...semuanya berjalan dengan baik. Saya tidak sabar sebenarnya untuk jadi seorang ibu," kata Juliana yang tidak mahu mendedahkan jantina bayi itu lagi buat masa ini sehingga tiba waktu kelahiran nanti.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan