Noraniza Minta Namanya Tidak Dikaitkan Lagi Dalam Kes Cerai Mastura

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Saya anggap ini adalah satu penganiayaan terhadap saya. Hentilah mengaibkan saya dan keluarga," luah penyanyi irama etnik kreatif, Noraniza Idris ekoran namanya dikaitkan dalam kes tuntutan fasakh bekas madunya, Mastura Bakar, 24, terhadap Datuk Mustaffa Idrus.

Dalam nada perlahan, penyanyi yang mesra dengan panggilan Kak Ani ini berkata, walaupun dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup bekas suaminya itu, namun dia memohon untuk tidak dikaitkan lagi dalam sebarang hal kerana ia membabitkan soal maruah dan nama baik keluarganya sendiri.

Setakat dikaitkan lelaki itu sebagai bekas suaminya, dia masih boleh menerimanya. Namun, tidak di dalam prosiding kes seperti itu.

"Walaupun sudah lebih setahun saya dan bekas suami tidak berhubung setelah bercerai, tetapi saya redha dengan apa yang perlaku. Mastura sendiri tahu saya sudah bercerai kerana saya ada memaklumkan kepadanya selepas perceraian itu berlaku.

"Saya sudah pun menutup buku kisah lalu dan tidak mahu ungkit apa-apa cerita tentang perceraian itu lagi. Saya tetap menghormati bekas suami dan keluarganya.

"Jadi, apa saja yang berlaku antara dia dan sesiapa saja, tidak ada kena-mengena dengan saya lagi. Sebab itu saya sedih bila kisah orang lain dikaitkan dengan saya.

"Kalau betul dia (Mastura) ingin 'lepaskan' diri, dia tidak sepatutnya mengaitkan orang lain atau wanita lain yang masih bermadu dengannya dalam prosiding itu. Saya kecewa, saya ada anak-anak dan perlu jaga perasaan mereka," kata Noraniza.

Penyanyi berusia 41 tahun ini mendirikan rumahtangga dengan Datuk Mustaffa pada Februari 2008 dan rumahtangga mereka hanya bertahan tidak sampai dua bulan. Ini merupakan perceraian kali keduanya.

Sebelum ini, Noraniza pernah mendirikan rumahtangga dengan Mohd Fauzi Tajuddin atau Fareez selama 18 tahun, namun bercerai pada Mei 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak, Mohd Alif Haikal, 21, dan Mohd Alfeq Haikal, 17.

Kata Noraniza, dia ada menghubungi Mastura menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kelmarin dan memintanya untuk tidak mengaitkan namanya lagi di dalam prosiding kes mahkamah itu. Namun, wanita itu menafikan dia berbuat demikian.

"Dia kata bukan dia sebut, tetapi wartawan yang menulis nama saya. Tetapi mustahil dia tidak menyebutnya dulu. Ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan dalam kesnya. Ini adalah kali kedua," kata Noraniza yang menambah, dia sudah pun meminta nasihat daripada peguamnya berhubung hal ini.

Dalam prosiding kelmarin, Mastura mendakwa suaminya pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka dan turut memberitahu mahkamah, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain sering berfoya-foya.

Mastura juga memberitahu, dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2005 dan hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka. Kata Mastura, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

Ditanya reaksi masyarakat sekeliling terhadap dirinya setelah cerita itu diperkatakan, Noraniza akui, ada yang bertanyakan kepadanya untuk mengetahui kisah lanjut tentang perkara itu.

"Saya tiada kaitan langsung dalam kes ini dan tidak berhak untuk bercakap. Cuma saya berharap, janganlah kaitkan saya lagi dalam kes itu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan