KD Nafi Sudah Bernikah Dengan Rahul Lemos

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Indonesia Krisdayanti (KD) menafikan sekeras-kerasnya yang dia telah bernikah lagi selepas perceraiannya dengan pencipta lagu, produser dan penyanyi Anang Hermansyah.

Dalam sebuah laporan media, seperti dipetik laman kompas.com, KD tegas berkata, "Saya belum menikah lagi."

KD memberi jawapan yang singkat dan ringkas sebelum bergegas menuju ke keretanya.

"Maaf ya, sudah," ujarnya lagi ketika diasak beberapa pertanyaan terutama kehadirannya di Timor Leste pada minggu lalu.

KD dikawal ketat oleh lapan orang pegawai pengawal peribadi sebelum memasuki kereta Mercedes hitam miliknya.

Khabar pernikahan KD heboh diperkatakan setelah media mendapat tahu penyanyi jelita itu menghabiskan hari-harinya bersama Rahul Lemos, pengusaha asal Timor Leste, yang digosipkan mempunyai hubungan istimewa denganya.

Laman Kompas.com akhir Disember 2009 lalu ada melaporkan KD berada di Dili, Timor Leste, untuk menemani Rahul makan bersama dengan Menteri Kehakiman Lucia Brandao Lobato dan suaminya, Americo Lourenco Lopes.

Sehari selepas hari natal pula, pada tanggal 26 Disember, KD dan Rahul turut hadir dalam pesta ulang tahun Jose Ramos Horta, Presiden Timor Leste.

"KD tinggal di sebuah hotel bernama Arbiru di daerah Bebonuk yang agak jauh dari tempat keramaian," ujar sumber Kompas.com di Dili itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan