Hasrat Sambung Belajar Stacy Tercapai

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Stacy bakal menjadi penuntut Universiti Lim Kok Wing Februari ini. Foto The Star, Oleh RICKY LAI
Stacy bakal menjadi penuntut Universiti Lim Kok Wing Februari ini. Foto The Star, Oleh RICKY LAI

JUARA Akademi Fantasia musim keenam, Stracy Angie Agam atau Stacy kini semakin matang dalam persembahannya. Walaupun seringkali dikaitkan dengan artis luar negara namun bagi Stacy dia masih ada kelebihan tersendiri.

Biarpun kini dia berada pada tahap yang boleh dibanggakan, tetapi Stacy tidak mahu melupakan asal-usulnya dahulu.

Paling menyentuh hati apabila dia terpaksa berhenti sekolah semata-mata untuk menanggung keluarga tercinta dengan menyanyi di tiga buah kelab malam terkemuka di Penampang, Sabah.

Hasrat untuk menyambung pelajaran yang tergendala sekian lama kini menjadi kenyataan bagi Stacy apabila dia bakal menjadi penuntut di Universiti Lim Kok Wing pada Februari ini.

"Saya bakal sambung pelajaran tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana hasrat yang saya simpan selama ini menjadi kenyataan.

"Kalau dulu tak berpeluang nak sambung sebab ada banyak hal, sekarang saya rasa masa yang sesuai untuk belajar semula.

"Dari tahun lepas sebenarnya saya sudah rancang dan buat persiapan yang patut. Bulan Februari ini saya akan mendaftarkan diri di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Sound and Music.

"Lagi pula usia saya ini memang sepatutnya masih belajar lagi," ujar Stacy dengan nada yang cukup gembira.

Gadis 19 tahun ini turut mengakui bahawa pelajaran merupakan salah satu tangga untuk berjaya pada masa hadapan walaupun kini dia sudah bergelar artis.

Dalam pada itu, Stacy turut memberitahu bahawa dia bakal memotong rambutnya sebagai imej baru untuk tahun 2010 ini.

"Tahun ini saya nak tampil segar dan dalam masa terdekat ni saya nak potong rambut pendek, rambut saya rosak sebab sering diwarnakan. Mungkin sudah bosan dengan imej saya begini.

"Konsep tahun ini masih lagi seperti tahun-tahun sebelumnya sebab itu identiti saya, saya fikir nak ubah rambut sahaja tahun ini,” ujarnya yang turut berentap di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ahad ini

Ketika ditanya tentang persiapan bagi AJL, Stacy yang mempertaruhkan lagu Pakai Buang berkata, dia sudah sedia untuk itu.

"Persiapan AJL sudah 80 peratus, selebihnya hanya di atas pentas AJL nanti, kali ini saya akan tekankan vokal dan semestinya persembahan tarian," katanya yang mengakui Misha Omar sebagai pesaing terdekatnya.

Dia turut gembira kerana AJL kali ini menampilkan lebih ramai bekas pelajar Akademi fantasia yang bertanding di pentas akhir itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan