David Beckham Batal Muncul Di The Simpsons

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beckham masih kurang popular bagi produser siri kartun popular The Simpsons, dan oleh kerana itu dia dibatalkan sebagai tetamu undangan dalam siri tersebut - foto AP
Beckham masih kurang popular bagi produser siri kartun popular The Simpsons, dan oleh kerana itu dia dibatalkan sebagai tetamu undangan dalam siri tersebut - foto AP

DAVID BECKHAM masih kurang popular bagi produser siri kartun popular The Simpsons dan oleh kerana itu dia dibatalkan sebagai tetamu undangan dalam siri kartun tersebut.

Walaupun banyak pihak yang membantah perkara ini keputusan tetap tidak akan diubah.

"Saya sudah menghubungi David Beckham untuk memberitahu bahawa dia dibatalkan menjadi tetamu undangan dan terus-terang saya menganggap Beckham tidak termasuk bintang besar untuk masyarakat Amerika," kata Al Jean, eksekutif produser The Simpsons , seperti ditulis di Splash News.

Al mengakui bahawa dia membuat keputusan setelah mempertimbangkan banyak pihak dan bukan karana masalah peribadi.

"Sebenarnya saya juga sedih. Beberapa orang marah kepada saya," tambah Al.

Dalam sejarah The Simpsons, ramai nama besar yang sudah menjadi tetamu dalam siri kartun ini dan beberapa dari mereka bukan orang Amerika.

Antara bintang Inggeris iaitu Ricky Gervais, Emily Blunt, dan Simon Cowell pernah menjadi tetamu The Simpsons.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan