Angelina Jolie Larang Anak Sentuh Duit Wasiat Ibunya

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Angelina Jolie melarang anak-anaknya menyentuh wang peninggalan neneknya, Marcheline Bertrand yang meninggal pada 2007 - foto AFP
Angelina Jolie melarang anak-anaknya menyentuh wang peninggalan neneknya, Marcheline Bertrand yang meninggal pada 2007 - foto AFP

ANGELINA Jolie melarang anak-anaknya menyentuh wang peninggalan neneknya, Marcheline Bertrand yang meninggal pada 2007.

Jolie hanya mengizinkan anak-anaknya menggunakan wang itu setelah usia mereka 25 tahun.

Bertrand, ibu Jolie, merupakan aktres Perancis. Beliau yang meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat kanser ovari pada Januari 2007, mewariskan wangnya kepada ketiga-tiga anak Jolie, Maddox (8), Zahara (4) dan Shiloh (3).

Ketiga-tiga anak Jolie itu, masing-masing berhak atas wang sebesar 100 ribu dolar sementara 300 ribu dolar pula untuk adik Angelina, James Haven.

Menurut laman selebriti TMZ.com, berdasarkan surat hukum di Pengadilan Tinggi Los Angeles minggu lalu, wang tersebut telah ditempatkan dalam dana perwalian dengan syarat ketiga-tiga anaknya itu hanya akan mewarisi wang tersebut pada usia 25 tahun.

Surat itu juga memutuskan, ketiga-tiga lagi anak Jolie dan Brad Pitt yang lain tidak termasuk di dalam wasiat Bertrand.

Pax, berusia 6 tahun, dijadikan anak angkat, dua bulan setelah kematian neneknya. Sementara anak kembar Jolie-Brad, Knox dan Vivienne, baru lahir pada Julai 2008.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan