Populariti Pereka Fesyen Mesti Setanding Dengan Artis- Datin Lynda

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datin Lynda Rahim pernah mengendalikan perkahwinan Sari Yanti, Yatt, Lan Pet Pet dan Serina Redzuawan. -Foto The Star oleh AZLINA ABDULLAH
Datin Lynda Rahim pernah mengendalikan perkahwinan Sari Yanti, Yatt, Lan Pet Pet dan Serina Redzuawan. -Foto The Star oleh AZLINA ABDULLAH

TATKALA berjumpa dengan pereka fesyen popular Datin Lynda Rahim, mungkin ada yang menyangka dia sama seperti sesetengah tipikal Datin.

Namun, semuanya berubah apabila mendengar suaranya yang ceria dan gayanya yang mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya. Malah dia juga lebih selesa jika disapa dengan nama Lynda sahaja.

Lynda, 34, akui kerjayanya yang memerlukannya berjumpa dengan orang ramai itu menyebabkan dia lebih banyak mempelajari tentang perhubungan awam.

“Semuanya saya pelajari sendiri termasuk mencari klien saya. Tetapi ada juga saya kenal klien di kalangan artis melalui sepupu dan rakan-rakan.

“Misalnya, saya berkawan rapat dengan Serina Redzuawan dan Sari Yanti setelah mengenali mereka melalui sepupu saya yang bekerja di TV3,” ceritanya yang tidak berselindung tentang hubungan rapatnya dengan Serina dan Sari Yanti sehingga sanggup menaja perkahwinan mereka.

Baru-baru ini, Lynda atau nama sebenarnya Lyndawati Kamarudin baru selesai menaja resepsi akad nikah dan berinai besar Serina. Namun, kata Lynda tajaan itu lebih diibaratkan sebagai hadiah buat puteri Chef Wan itu.

Selain itu, dia juga pernah menghasilkan persalinan untuk artis lain iaitu Susan Menon, Eja, busana pengantin isteri Lan Pet Pet (Ruby) dan Yatt.

Dalam menaja artis-artis ini, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Abdul Rahim Mohd Zin, 47, tidak menafikan dia memerlukan publisiti untuk menaikkan nama butik Lynda Rahim Kuala Lumpur di Taman Dagang, Ampang.

“Sedikit sebanyak saya perlu bergaul baik dengan orang lain untuk menjayakan bisnes seperti ini. Kadangkala, tidak dinafikan kerjaya yang saya lakukan ini turut terkena tempias daripada populariti artis.

“Seorang pereka fesyen perlukan populariti untuk berjaya dalam bisnesnya dan selepas itu baru kejayaan lain akan menyusul.

“Tetapi, kalau nak naik, pereka fesyen itu perlu solid. Saya masih ingat, sesetengah senior berkata kita akan cepat jatuh jika terlalu cepat naik. Tetapi saya jenis yang pantang dicabar.

“Ada pula yang berkata, kalau nak popular perlu reka kontroversi..tapi bagi saya biarlah kontroversi yang positif,” ulasnya lagi.

Anak kelahiran Ipoh, Perak ini juga mengaku pereka fesyen sekarang ada juga yang sudah seangkatan seperti artis.

“Misalnya, ada yang sudah mempunyai rancangan TV sendiri. Saya juga pernah ditawarkan untuk mengacara sebuah program di TV9 tetapi akhirnya saya tolak sebab bimbang tak cukup kuat,” tuturnya yang juga merupakan Pengarah Urusan San Francisco Coffee Malaysia.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan