Ibu Mertua Kecewa Pasha Dipaksa Tuntut Maaf Dari Okky

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VOKALIS Ungu, Pasha, menyambut baik nasihat Ketua Majlis Hakim Wedhayati SH supaya memohon maaf dengan Okky Agustina ketika di mahkamah pengadilan di Bogor, Jawa Barat, baru-baru ini.

"Sebelum ini, saya sudah meminta maaf sama Okky. Alhamdulillah, ternyata sekarang hakim sendiri yang mahu saya berbuat demikian," ujar Pasha saat ditemui selepas sidang pengadilan itu.

Tanpa segan silu, Pasha mengaku sedikit lega selepas episod mohon maaf itu.

"Alhamdulillah sekarang sudah saling memaafkan masing-masing. Meski sidang belum tentu selesai," ujarnya, seperti dilaporkan laman kompas.com.

Sementara itu, Sri Mulyanti, ibu Okky, mengaku kecewa dengan bekas menantunya itu.

"Sejak cerai, Pasha mana pernah minta maaf kepada Okky. Bahkan kelmarin dia jemput anak-anak, dia cium tangan tapi tidak ada kata-kata meminta maaf kepada saya," kata Sri.

Menurut Sri lagi, pelantun lagu "Cinta Gila" itu termasuk pria yang cukup berat untuk mengucapkan kata maaf.

"Pasha itu orangnya susah minta maaf. Saya mahu dia minta maaf dari hatinya sendiri bukan disuruh orang," jelas Sri.

Menurut Sri, pria yang didakwa melakukan kekerasan fizikal terhadap puterinya itu pernah meminta maaf ketika ditangkap melakukan curang.

"Dia pernah meminta maaf sama saya, sampai dia cium kaki saya kerana saya tahu tentang hal kecurangannya sebanyak dua kali itu. Pertama dengan pramugari dan yang kedua semuanya sudah tahu kan selepas Okky cerai," tegasnya.

Meskipun begitu, Sri tetap tak menaruh dendam pada Pasha yang memberikannya tiga orang cucu.

"Saya tidak dendam, saya hanya kasihan sama dia kerana egonya sangat tinggi," kata Sri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan