Gavin Yap Suka Bereksperimen Dengan Suara

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON filem Sumo-Lah, Gavin Yap, juga dikenali sebagai pengarah teater, pengarah suara, penulis skrip dan produser.

Mungkin lebih ramai yang mengenali Gavin menerusi bidang seni teater. Namun memikul tanggungjawab sebagai pengarah suara bukanlah suatu perkara baru bagi Gavin sebaliknya dia telah menceburi bidang itu sejak 2001.

Selain sibuk dengan projek-projek teater, Gavin berkata dia bekerja sebagai pengarah suara di Imaginex Studios yang melakukan rancangan animasi dan komersil.

Menariknya, tidak ramai yang mengetahui lelaki berusia 33 tahun ini suka bereksperimen dengan suaranya sejak berusia 10 tahun.

“Semasa saya masih kanak-kanak, saya suka bermain dengan alat permainan seperti Transformers dan Thundercats sambil mengajuk suara mengikut karektor kartun popular itu ketika berada di dalam bilik seorang diri,” kata Gavin ketika mula membuka cerita tentang minatnya itu.

Bercerita mengenai kerjayanya itu, Gavin berkata dia baru selesai membuat projek animasi Saladin untuk siaran televisyen tempatan dan luar negara.

Kata Gavin, dia perlu menyediakan Saladin dalam tiga versi suara latar iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Parsi.

“Saya menggunakan suara sendiri untuk berlakon watak Saladin termasuk lima karektor sampingan yang lain dalam versi bahasa Inggeris.

“Walaupun begitu, bukan mudah untuk melakonkan watak Saladin kerana ia merupakan hero dalam siri itu.

“Saya juga perlu mempelbagaikan karektor dengan menambah sedikit jenaka agar dapat membezakan antara satu-satu karektor itu.,” ulas Gavin.

Jelasnya lagi, dia perlu banyak berfikir dan bereksperimen dengan suaranya untuk menjadikan animasi itu tidak bosan.

“Suara memainkan peranan yang penting. Kalau saya lihat sesuatu karektor nampak serius, saya perlu memikirkan cara untuk membuatkan ia lebih menarik.

“Kadangkala tu boleh membuatkan saya tertekan tetapi bagaimanapun saya akan mengambil masa dengan melakukan eksperimen suara di rumah dengan membaca skrip terlebih dahulu,” ujarnya yang turut berkebolehan bertutur dalam bahasa Melayu.

Tambah graduan jurusan seni persembahan dari University of North London ini, kebiasaannya dia akan menterjemahkan suara latar sesuatu karektor itu mengikut keadaan fizikal dan kelas sosial seperti yang divisualkan.

“Saya akan tengok karektor itu gemuk ke atau tua ke kerana semua ini menolong saya. Selepas saya bereksperimen dengan suara-suara latar itu, saya akan memberi cadangan kepada penulis skrip dan produser kerana kadangkala ada yang mereka suka dan ada yang tidak. Jadi, maklumbalas daripada mereka juga penting.

“Mood saya juga boleh mempengaruhi perubahan suara yang saya buat. Saya hanya mendengar suara yang dikeluarkan. Kadangkala, saya menokok tambah daripada mana-mana suara yang pernah didengar sebelum ini,” katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan