Rolling Stone Batal Konsert Gara-gara Masalah Kewangan Ronnie Wood

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMINAT kumpulan Rolling Stone di seluruh dunia tentu kecewa kerana band terkenal ini membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang konsert pada 2010.

“Spekulasi di media ada memuatkan berita tentang Rolling Stone tidak akan membuat konsert keliling dunia.

"Dalam waktu dekat ini, memang benar Rolling Stone tidak ada rencana menggelilingi dunia untuk konsert,” seperti yang dipetik dari Daily Mail.

Keputusan itu diambil kerana masalah kewangan yang menimpa salah seorang gitaris mereka Ronnie Wood.

Gitaris berusia 62 tahun itu baru saja cerai, dan harus membayar wang ganti rugi yang banyak kepada bekas isterinya, Jo, bernilai 6.5 juta pound sterling.

Wood juga khabarnya akan menjual rumah mewahnya di kawasan Kingston Hill, Surrey, London dan di salah satu Real Estate di Ireland untuk membiaya pembayaran imbuhan itu.

Rolling Stone yang mengadakan konsert tour tahun lalu mendapat keuntungan 300 juta pound sterling tetapi terpaksa membantu Wood dengan masalah kewangan yang dihadapinya.

“Ronnie memang selalu ada masalah dengan kewangannya. Dia selalu anggap jadual konsert tour tidak penting. Dan kali ini, Wood harus membayar akibat dari perceraiannya,” kata laman Daily Mail.

Masalah yang menimpa Ronnie, tidak hanya perceraian saja. Beliau juga ada masalah dengan alkohol dan harus berulang-alik ke pusat pemulihan akibat ketagihan ini.

Masalah Wood tidak berakhir di situ. Awal Disember, Wood melakukan kekerasan fizikal kepada bekas kekasihnya, Ekatarina Ivanova di rumahnya di Claygate, Surrey, London. Dan semua perangai buruk Wood sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Rolling Stones.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan