Puteri Sarah 'Gigit Jari' Terlepas Percutian Gara-Gara PTPTN

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gara-gara tidak bayar PTPTN, Puteri Sarah terpaksa 'gigit jari' apabila terlepas peluang bercuti bersama keluarga di Krabi, Thailand pada Disember lalu. - Foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI
Gara-gara tidak bayar PTPTN, Puteri Sarah terpaksa 'gigit jari' apabila terlepas peluang bercuti bersama keluarga di Krabi, Thailand pada Disember lalu. - Foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI

TAHUN lalu, penyanyi Faizal Tahir pernah terlepas peluang untuk tampil di Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta, Indonesia apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gara-gara namanya disenaraihitamkan oleh Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) ekoran kegagalan penyanyi itu membayar semula pinjaman pengajiannya.

Terbaru, tiba giliran aktres jelita Puteri Sarah Liyana pula menerima nasib yang sama. Malah, kisah Sarah lebih meralatkan.

Gara-gara tidak membayar semula pinjaman PTPTN untuk pengajian peringkat Diploma di UiTM dua tahun lalu, Sarah telah ditahan ketika pemeriksaan imigresen di KLIA dan memusnahkan hasratnya untuk bercuti bersama keluarga di Krabi, Thailand pada pertengahan Disember lalu.

Menurut gadis berusia 24 tahun itu, dia dan keluarga sudah merancang percutian itu tanpa menyedari namanya telah disenaraihitamkan oleh perbadanan tersebut. Sejurus ditahan dan dilarang untuk ke luar negara, dia dan ayahnya cuba untuk berunding dengan pihak Imigresen agar mendapat sedikit kelonggaran memandangkan bagasinya dan semua ahli keluarga sudah bersedia untuk berlepas.

Namun, peraturan tetap peraturan. Tiada sesiapa walau artis sekalipun dapat berkompromi atau terlepas. Akibatnya, Sarah terpaksa akur sambil 'menggigit jari' menyaksikan ahli keluarganya berlepas ke Krabi. Manakala, Sarah pula terpaksa berpatah balik ke rumah dalam kehampaan.

"Waktu pemeriksaan di imigresen, mereka melarang saya untuk ke luar negara kerana nama telah disenaraihitamkan oleh pihak PTPTN.

"Saya sangka ketika kami cuba berunding dengan mereka (imigresen) untuk bayar semua pinjaman itu serta-merta, mereka akan memadamkan nama saya dari senarai hitam.

"Jadi, dapatlah juga saya ikut keluarga pergi bercuti. Malangnya, keadaan menjadi lebih rumit apabila pasport saya juga dirampas.

"Saya dilarang untuk ke luar negara selagi urusan pembayaran balik pinjaman itu tidak diuruskan dengan PTPTN. Akhirnya, saya terpaksa akur melihat keluarga dan bagasi berlepas ke Krabi tanpa saya," katanya sambil ketawa.

Malah, Sarah turut mengakui, ayahnya cuba untuk membayar seluruh jumlah wang pinjaman sebanyak RM15,000, di tempat kejadian juga.

Bagaimanapun, urusan pembayaran tidak boleh dilakukan serta-merta di KLIA. Sebaliknya, Sarah diminta untuk datang ke ibu pejabat perbadanan itu berserta dokumen yang berkaitan.

"Semalam (kelmarin), saya dan ibu telah pergi ke pejabat PTPTN untuk bayar separuh daripada jumlah pinjaman itu.

"Tetapi, pasport saya masih lagi ditahan dan terlalu banyak proses yang perlu dilalui sebelum pihak berkaitan memutuskan untuk memulangkan semula pasport di satu tarikh yang ditetapkan kemudian," ujar Sarah dalam nada terkilan.

Selain Faizal dan Sarah, sebenarnya ramai lagi artis muda Malaysia yang berpendapatan mencecah lima angka turut menerima nasib yang sama ekoran kealpaan masing-masing dalam melunaskan tanggungjawab itu.

Menyentuh perkembangan kariernya, kekasih kepada pelakon Amar ini tidak dapat menyembunyikan keterujaannya menantikan filem sulung lakonannya, Lu Pikirlah Sendiri De Movie menjengah pawagam tanah air pada 11 Februari depan.

Memainkan watak Natasya, seorang anak hartawan yang cemerlang di dalam pengajiaan di samping kerjaya sambilan sebagai model, Sarah bergandingan dengan Juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil sebagai pasangan kekasih.

Filem komedi romantik arahan pengarah baru, Aminah Rhapor ini bukan sahaja sarat dengan elemen percintaan, malah turut menyelitkan mesej kasih sayang adik-beradik dan kekeluargaan.

Selain Sarah dan Nabil, filem terbitan SDAF Pictures (M) Sdn Bhd ini turut menampilkan penampilan sulung penyanyi genit Mila, kumpulan Meet Uncle Hussain, Zizan Raja Lawak, Vanida Imran, Liza Othman, Zaibo dan ramai lagi.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan