Chef Zam Jadi Perunding Restoran 'Rasa Sayang'

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KALAU sudah dinamakan tukang masak, apa saja bidang yang bersangkutan dengan bidang masakan dan restoran tentu akan dicubanya.

Bagi selebriti chef terkenal, Chef Zamzani Abdul Wahab atau lebih mesra dengan sapaan Chef Zam, dia sanggup mencuba apa saja bidang yang bersangkutan dengan makanan asal saja ia memberi cabaran kepadanya.

Baru-baru ini, Chef berusia 37 tahun ini telah dilamar menjadi perunding restoran.

Chef yang peramah ini telah dilantik sebagai perunding bagi syarikat Rasa Perpaduan (yang dimiliki bersama oleh Dreamgate Corporation Berhad, beribu pejabat di Pulau Pinang) untuk mengambil alih sebuah restoran di Kelab Renang Pulau Pinang di Tanjung Bungah.

"Menjadi perunding restoran bukan satu kerja yang mudah. Konsep dan perancangan untuk hala tuju restoran membuat tugas itu begitu mencabar hingga saya tak cukup tidur gara-gara memikirkan apa yang terbaik untuk restoran tersebut," kata tukang masak terkenal ini yang pernah menjadi hos program masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti, Ole-ole Malaysia, Serimas...Selera Dunia, Aroma Selebriti, Chef Selebriti Realiti TV (Suria TV, Singapura) dan Sajian Ramadhan 2008.

Wajah Chef Zam yang senantiasa tersenyum manis ini juga kerap keluar untuk iklan komersial seperti MM VitaOils dan S&P Santan.

Chef Zam, yang juga Ketua Projek Khas di School of Hospitality , Tourism & Culinary Arts, KDU College, begitu teruja dengan projek terbarunya.

"Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus selama beberapa bulan menentukan konsep yang sesuai, menyenaraikan menu, membangun, menulis serta mencuba resepi-resepi terpilih dan mencari pekerja yang berkaliber, maka restoran yang diberi nama 'Rasa Sayang' pun dibuka pada 20hb Disember tahun lepas," kata Chef Zam yang mempunyai berbelas tahun pengalaman dalam bidang masakan ini.

Segala penat lelah terasa berbaloi apabila hasil kerja mendapat sambutan yang hangat dikalangan ahli-ahli kelab itu, yang telah sekian lama menantikan makanan yang enak dengan harga yang amat berpatutan," katanya lagi.

Yang membuat Chef Zam lebih teruja dan bangga sangat ialah kerana Kelab Renang Pulau Pinang ini telah diwujudkan begitu lama iaitu sejak 5 Jun 1903 oleh orang-orang Eropah yang bermastautin di negeri itu ketika itu dan menjadi sebahagian dari sejarah Pulau Pinang.

"Secara peribadi, saya sememangnya amat mengagumi bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dan saya amat bertuah kerana diberi peluang ini.

"Selain dari itu, restoran Rasa Sayang ini telah juga bertapak di Phnom Phenn, Kemboja dan Vietnam sejak beberapa tahun dulu," kata Chef Zam.

Pengusaha restoran 'Rasa Sayang' sedang merancang untuk membuka beberapa rangkaian restoran ini di negara ASEAN yang lain dan juga Timur Tengah.

"Saya sanggup beri kerjasama demi memperkenalkan dan memartabatkan lagi makanan-makanan lazat Malaysia dimata dunia," kata Chef Zam.

Dalam masa yang sama, Chef Zam bersama beberapa rakan kongsi sedang dalam usaha membangunkan sebuah akademi latihan seni kulinari dan hospitaliti untuk melatih anak-anak tempatan yang berminat dalam bidang ini. Selain kursus-kursus profesional yang diluluskan oleh agensi-agensi kerajaan, akademi yang dinamakan 'Chef Zam’s@Work' ini juga akan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dihujung minggu bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan kemahiran serta pengetahuan dalam bidang seni kulinari, ukiran buah-buahan dan sayuran, pastri, pembuatan coklat dan sebagainya.

"Kontrak saya sebagai Duta barangan dapur Philips akan tamat pada bulan Febuari ini dan sekarang ini sedang dalam perbincangan untuk menyambungnya bagi tempoh setahun lagi, insya-Allah.

"Saya amat bersyukur bahawa pihak Philips Malaysia dan Singapura amat berpuas hati dengan kerja-kerja serta komitmen yang telah saya berikan sepanjang tahun lalu dan mereka sedang merangka aktiviti-aktiviti yang akan memberikan lebih impak pada tahun ini.

Apabila menjadi pilihan jenama antarabangsa seperti Philips, ia secara tidak langsung membuktikan selebriti Malaysia pun boleh mendapat kepercayaan dari pihak antarabangsa asalkan "kita ikhlas & gigih bekerja untuk memberikan mutu yang tinggi serta memajukan diri sendiri."

"Saya amat berbesar hati kerana dipilih untuk bekerjasama dengan sebuah jenama antarabangsa yang menghasilkan produk-produk yang bermutu tinggi dan semasa untuk pasaran dunia," kata selebriti masakan yang semakin kurus ini.

Chef Zam yang pernah mempunyai susuk tubuh yang montel, menjadi kurus setelah menjalani pembedahan memendekkan usus pada 21 September lalu.

Perubahan mendadak pada saiz badan menyebabkan segalanya turut berubah.

“Saya terpaksa menanggung risiko pembedahan itu tetapi hasilnya cukup memuaskan," kata chef yang gembira dengan perubahan berat badannya.

Namun, Chef Zam menasihati mereka yang ingin melakukan pembedahan sedemikian supaya memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

“Bukan mudah untuk kelihatan seperti ini. Perut saya terpaksa ditebuk sebanyak lima lubang," kata Chef Zam juga aktif menjadi pengacara majlis.

Chef Zam berasal dari Terengganu dan mula berjinak-jinak dalam bidang masakan sejak menolong ibunya di dapur pada usia tujuh tahun. Namun secara rasminya mempelajari bidang itu pada tahun 1990.

Dia mempunyai diploma dalam bidang masakan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1993.

Selepas itu, dia berkhidmat sebagai tukang masak di beberapa buah hotel sebelum melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda di Johnson And Wales University, Amerika Syarikat.

Seterusnya, Chef Zam bekerja di New York selama tiga tahun. Kemudian dia kembali ke Malaysia dan bekerja di Kolej KDU sejak 1998.

Pada 2003, dia mendapat biasiswa untuk menyambung pengajiannya dalam ijazah sarjana di Thames Valley University, London. Selepas dua tahun di sana, Chef Zam pulang ke Malaysia dan kembali mengajar di Kolej KDU sehingga sekarang.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan