Jake Gyllenhaal Ingin Sambung Belajar

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR Jake Gyllenhaal ingin berhenti berlakon. Terbaru, aktor yang popular menerusi lakonan kontroversi di dalam filem Brokeback Mountain bersama mendiang Heath Ledger sebelum ini, dikhabarkan ingin berhenti berlakon untuk seketika demi menyambung pengajiannya di universiti semula.

Terdahulu, Gyllenhaal pernah belajar di Universiti Columbia, New York, sebelum aktor itu nekad untuk berhenti 'separuh jalan' demi mencapai impiannya untuk bergelar pelakon di Hollywood.

Aktor itu pernah mengakui dia amat menyesali keputusan terburu-buru yang dilakukakannya sebelum ini untuk berhenti belajar. Justeru, dia kini merancang untuk menyambung semula pengajiannya.

"Saya berhenti belajar di Universiti Columbia pada tahun 2000 selepas dua tahun mengikuti kursus Falsafah dan Keagamaan Timur semata-mata ingin bergelar bintang filem. Namun, di dalam hati, saya sentiasa inginkan segulung ijazah," katanya.

Mungkinkah aktor itu benar-benar akan menyambung semula pengajiannya atau sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'? Tunggu dan lihatlah.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan