Elton John Bantu Eminem Atasi Masalah Dadah

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ELTON John mengaku telah membantu penyanyi rap, Eminem mengatasi masalah dadah sejak 18 bulan lalu.

"Saya telah membantunya sejak 18 bulan lalu dan dia melakukannya dengan baik. Saya akan membantu jika ada orang memerlukan bantuan. Tetapi tidak guna menasihati orang yang tidak mahu berubah," kata Sir Elton.

Eminem mengaku ada menghubungi Sir Elton pada bulan Mei tahun lalu.

"Kami ada persamaan dalam hidup dan sebagainya," katanya.

Kedua-dua selebriti ini menjadi rakan baik sejak mereka melakukan persembahan bersama di Anugerah MTV pada tahun 2001.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan