Didie Teruja Bersatu Dengan Erra Fazira Dalam 'Pontianak'

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Didie Alias mengakui dia dan Erra Fazira pernah menangis dan ketawa bersama. Malah, mereka pernah menjadi teman akrab dan berkongsi seribu satu cerita kerjaya mahupun peribadi suatu ketika dulu.

Namun, keterbatasan masa dan perkembangan karier masing-masing telah merenggangkan kemesraan kedua-dua bintang ini.

Menurut Didie, kerenggangan hubungan persahabatan mereka bukannya berpunca daripada pergaduhan atau persilisihan faham. Cuma, dia akur dengan perubahan masa yang terus membina jurang antara mereka.

"Saya akui dulu saya dan Erra sangat rapat dan kami banyak berkongsi kisah suka dan duka bersama.

"Apa sahaja masalah atau cerita, sama ada berkaitan karier ataupun peribadi, kami pasti bercerita antara satu sama lain.

"Namun, masa terus berlalu dan kami sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing sehingga menyebabkan hubungan yang rapat satu waktu dulu menjadi renggang secara sendiri, tanpa kami sedari.

"Terus-terang saya kata, kami semakin jauh bukan kerana pergaduhan ataupun bersilisih pendapat.

"Kerjaya seni Erra semakin berkembang dan saya pula sibuk dengan keluarga dan kerja belakang tabir, mungkin faktor-faktor itulah yang merenggangkan kami," kata Didie yang kali terakhir akrab dengan Erra sebelum aktres itu berkahwin dengan Yusry pada tahun 2003.

Setelah bertahun-tahun membawa haluan masing-masing, dua teman lama ini bakal bertemu kembali dalam sebuah telefilem terbaru arahan Michael Ang, Pontianak Kampung Batu yang akan memulakan penggambarannya esok (hari ini).

Memainkan watak sebagai pontianak, Didie dan Erra bakal bergandingan sebagai musuh antara satu sama lain dalam drama komedi seram ini.

Didie berkata, setelah hampir 20 tahun mengenali Erra, ini adalah kali pertama dia dan primadona filem itu bersatu di dalam projek drama.

"Apabila Michael menawarkan saya watak ini dan memberitahu saya akan bergandingan dengan Erra, saya cukup teruja dengan peluang ini.

"Maklumlah, saya ini bukan pelakon popular, orang sering sinonimkan saya dengan komedi saja. Bila dapat tawaran begini dan dapat bergandingan dengan Erra dalam satu drama, tentulah saya gembira," ujar Didie berseloroh.

Bercerita lanjut, Didie mengganggap tawaran lakonan ini sebagai permulaan yang baik bagi kariernya untuk tahun 2010.

Malah, Didie juga menyifatkan penyertaannya dalam program realiti dansa, Sehati Berdansa (SB) baru-baru ini, bagai satu hikmah kerana telah menjadikan karier seninya semakin berkembang hari ini.

"Saya amat bersyukur sejak masuk SB, nama dan kerjaya semakin berkembang. Orang semakin peka yang saya masih aktif di dalam industri.

"Pernah satu ketika dulu, kerana tidak banyak tawaran lakonan, saya terpaksa bergerak ke sana sini termasuklah melakukan kerja-kerja belakang tabir demi mencari rezeki untuk anak-anak.

"Alhamdulillah, tahun ini semakin banyak tawaran dan peluang rezeki yang datang. Jadual kerja saya juga padat hingga Jun depan," katanya lagi.

Selain Pontianak Kampung Batu, ibu kepada lima orang anak ini juga bakal mengacara sebuah program dekorasi berbentuk realiti di samping pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira.

Bagaimanapun, Didie enggan mengulas lebih terperinci butiran program tersebut kerana menghormati beberapa syarat yang telah dipersetujui dengan pihak penerbitan.

Lebih mengujakan, pelakon yang telah berkecimpung selama 25 tahun di dalam industri seni ini berkata, tahun 2010 juga bakal menguji kemampuannya bergelar pengarah drama.

Jelasnya dalam malu-malu, dia telah dipertanggungjawabkan oleh seorang teman untuk mengarahkan drama bersiri yang bertemakan kewanitaan dan percintaan.

Projek sulungnya sebagai pengarah itu dijangka bermula sekitar Februari depan dan ditaja oleh satu jenama produk tuala wanita.

Didie bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berjanji akan berkongsi cerita itu apabila ia diumumkan secara rasmi kelak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan