David Beckham Ikut Jejak Langkah Isteri Ceburi Bisnes Fesyen

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG bola sepak terkenal, David Beckham dilaporkan akan mengikut jejak langkah isterinya, Victoria untuk menceburi bisnes fesyen.

Sebelum ini, Victoria yang juga bekas penyanyi kumpulan pop wanita sensasi, Spice Girls sanggup mengenepikan karier nyanyiannya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap bisnes fesyennya termasuk jenama koleksi pakaian di bawah label DVB.

Kini, tiba giliran David pula menceburi bidang perniaagaan yang bukan sahaja menguntungkan, malah amat diminati oleh pasangan suami isteri ini. Menurut sumber yang dipercayai, Beckham dijangka akan muncul dengan jenama pakaian lelakinya sendiri tidak lama lagi.

"David sedang mengadakan rundingan dengan pihak yang pernah bekerjasama dengan produk fesyen Victoria sebelum ini.

"Dia begitu komited dengan perbincangan bisnes itu. Ia dijangka menghasilkan suatu perkembangan besar dalam masa terdekat.

"Sebagaimana Victoria, David yang juga taksub dengan fesyen dilihat begitu teruja untuk menghasilkan rekaan fesyennya sendiri sekarang.

"Projek ini dijangka akan mengaut keuntungan yang besar. David dan pasukannya berharap agar jenama fesyen yang belum dihebahkan itu mampu untuk menembusi pasaran global kelak," demikian menurut laporan akhbar The People, baru-baru ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan