Avatar Filem ke-5 Melepasi Jualan Tiket AS$1 Bilion

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Filem epik sains fiksyen terhangat musim ini - Avatar - kini menjadi filem kelima dalam sejarah perfileman melepasi jualan tiket AS$1 bilion di seluruh dunia.

Avatar masih mempertahankan kedudukan sebagai filem nombor satu di box office Amerika Syarikat selama tiga minggu berturut-turut.

Malah Avatar juga telah menjadikan James Cameron sebagai satu-satunya pengarah yang menghasilkan dua buah filem yang berjaya mengutip jualan tiket melebihi AS$1 bilion.

Satu lagi filemnya yang mencapai tahap tersebut ialah Titanic. Avatar juga merupakan satu-satunya filem yang diarahkan oleh James Cameron selepas filem Titanic yang dihasilkan pada tahun 1997.

Selain Avatar dan Titanic, filem yang berjaya mencapai jualan tiket melebihi AS$1 bilion di seluruh dunia ialah Lord of The Rings: The Return of The King, Pirates of The Caribbean: Dead Man's Chest dan Batman: The Dark Knight.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan