JLo Seksi Berpakaian Ketat Malam Tahun Baru

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tindakan Jennifer Lopez mengenakan pakaian yang seksi dan menari-nari dalam satu rancangan televisyen sempena tahun baru menjadi buah mulut ramai - foto REUTERS
Tindakan Jennifer Lopez mengenakan pakaian yang seksi dan menari-nari dalam satu rancangan televisyen sempena tahun baru menjadi buah mulut ramai - foto REUTERS

TINDAKAN Jennifer Lopez mengenakan pakaian yang seksi dan menari-nari dalam satu rancangan televisyen sempena tahun baru menjadi buah mulut ramai.

Penyanyi Latin ini beraksi pada segmen Dick Clark "New Year" dan "Rockin".

Dia turut bergandingan dengan Ryan Seacrest 2010 selain menyampaikan single terbarunya Louboutins di Times Square pada malam tahun baru itu.

Pada malam tersebut, penyanyi yang berusia 41 tahun ini dikatakan mempamerkan susuk badannya dengan mengenakan pakaian ketat dan berkilauan.

Sebelum memakai pakaian seksi yang berkilat itu, JLo mengenakan jaket hitam semasa persembahannya yang pertama.

Persembahan pada malam tersebut diakhiri dengan Jlo mengenakan kot berbulu, sambil mengalu-alukan kedatangan tahun 2010 dengan suaminya Marc Anthony.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan