2010 Bukan Tahun Untuk Cari Kekasih - Azharina

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEMEGANG gelaran janda pada usia yang muda tidak pernah menjadi kudis dalam hidup penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini.

Biar apa saja tanggapan orang, Azharina atau mesra disapa Nina ini sudah lali dengan cemuhan dan fitnah yang pernah singgah dalam hidupnya.

Hampir dua tahun bergelar janda setelah perkahwinannya dengan usahawan Datuk Shukri Mohamed gagal bertahan, Nina sudah semakin kuat untuk meneruskan hidupnya seorang diri.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Elergi Sepi dan Rawan ini, mencari 'pengganti' bukanlah agenda utamanya lagi.

Malah, Nina tidak langsung terfikir untuk mencari kekasih dan nekad untuk memulakan tahun baru ini dengan meletakkan komitmen yang tinggi terhadap bisnes dan karier seninya.

"2010 akan menjadi tahun yang cukup sibuk untuk saya dan memang saya tidak akan ada masa untuk memikirkan soal kekasih atau kahwin. Belum terbuka hati untuk mencari pengganti. Nak kata serik untuk bercinta, tidak juga.

"Tapi dengan macam-macam kontroversi yang pernah berlaku, buatkan saya malas untuk fikir tentang perkara ini. Mungkin juga belum ada lelaki yang benar-benar menambat hati saya.

"Lagipun, saya tidak tahulah kalau ada lelaki yang tahan dengan diri saya yang workaholic ni," ujar Nina dalam nada ceria.

Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, agenda untuk tahun 2010 ini sudah mula dipenuhi dengan perancangan mengembangkan lagi dua buah syarikatnya iaitu Azharina Entertainment dan Top 3 Production Sdn.Bhd.

Kata Nina, berkat hasil titik peluhnya selama ini, dia sudah mampu membeli dua buah bangunan di Puchong dan akan memindahkan dua pejabat syarikatnya itu ke bangunan tersebut pada bulan hadapan.

"Setelah sembilan tahun saya menubuhkan Azharina Entertainment dan empat tahun bersama Top 3 Production, saya bersyukur kerana dapat memindahkan syarikat-syarikat saya ini ke bangunan yang lebih besar. Lokasinya pun tidaklah jauh dengan pejabat yang sedia ada.

"Banyak lagi perancangan yang sudah saya rangka untuk dua-dua syarikat ini. Mungkin selepas Tahun Baru Cina nanti, di bawah projek Azharina Entertainment, saya akan buka kelas nyanyian yang mana saya sendiri yang akan mengajar.

"Saya tidak akan ambil ramai pelajar, mungkin dalam dua atau tiga orang untuk setiap sesi dan kelas ini hanya terbuka kepada mereka yang benar-benar berminat saja tanpa had umur," kata Nina yang juga akan membuka kelas suntingan dan produksi yang diuruskan oleh Top 3 Production kelak.

Selain itu, penyanyi ini juga melahirkan rasa gembira dengan sebuah projek besar yang akan dilakukannya pada tahun ini iaitu untuk menubuhkan sebuah akademi muzik bersama rakan kongsinya, Soon yang merupakan seorang jurutera bunyi.

"Projek ini masih di dalam perancangan, tetapi kami mensasarkan untuk menubuhkan akademi ini di Bukit Kiara. Memang sudah lama saya impikan untuk ada akademi muzik sendiri, tetapi bukan mudah untuk merealisasikannya.

"Banyak perkara yang perlu diteliti termasuklah dari segi kos. Saya pun belum lagi temui nama yang sesuai untuk akademi ini, tapi Insya-Allah, saya rancang ia akan dibuka pada tahun ini juga.

"Teringin juga saya nak jadi antara 'tenaga pengajar' di akademi ini, tetapi semua itu belum kami bincangkan lagi. Cuma apa yang pasti, akademi ini terbuka kepada sesiapa saja yang berminat dengan bidang muzik...tidak kiralah sama ada dia adalah pelajar kolej mahupun golongan profesional," katanya.

Dalam kesibukan mengatur agenda bisnesnya, Nina tidak pernah melupakan bidang nyanyian yang memang sentiasa berada di dalam hatinya.

Kata Nina, dia masih lagi aktif seperti dulu, tetapi kini dia perlu lebih selektif dari segi undangan persembahan kerana perlu membahagikan masa untuk menguruskan bisnesnya. Album terbarunya juga sudah disiapkan dan kini menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan.

Sebanyak 10 buah lagu dimuatkan di dalam album itu, antaranya Rawan, Rasa, Gitar Berbunyi (lagu nyanyian semula yang dipopularkan oleh Wan Chik Daud), Hey Lelaki (duet dengan Mimi One Nation Emcees), Sakarat dan Primadona.

Selain sibuk menguruskan kariernya sendiri, Nina juga mempunyai dua orang artis di bawah pengurusan Azharina Entertainment iaitu, Lady Chen dan kumpulan Jiaja.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan