Amy Winehouse Bakal Keluar Dengan Album Baru

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Amy Winehouse dikatakan sudah bersedia untuk mengeluarkan album selepas selesai menyiapkan lirik lagu terbarunya.

Dia bekerja keras pada penghujung perayaan krismas lalu untuk menyiapkan lagu-lagu tersebut.

"Saya sebenarnya menulis banyak lagu, saya berada di rumah bersama ibu dan berusaha menyiapkan lagu tersebut dengan tekun," kata Winehouse.

Sementara itu, Winehouse dijangka menghadiri perbicaraan mahkamah pada 20 Januari ini selepas didakwa terbabit dalam kekecohan pada satu persembahan muzikal di Milton Keynes.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan