Majlis Berinai Besar Serina, Pertembungan Budaya Timur Dan Barat

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
Foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI

MAJLIS berinai besar aktres jelita, Serina Redzuawan dan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islam Salahudin Ghafar berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Berkonsepkan tradisional Jawa dan fairy tale adalah gabungan hasil idea Serina dan bapanya Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan turut dimaniskan dengan sentuhan gubahan pereka kreatif, Datin Linda Rahim.

Menurut Linda, idea asal konsep pada majlis malam tadi adalah daripada pertembungan budaya timur dan barat sehingga tercetusnya ilham mengabungkan kesemua material yang ada menjadi satu.

“Bermula dengan idea Chef Wan yang inginkan konsep fairy tale, manakala Serina inginkan konsep tradisional, saya mengambil idea mereka dan gabungkan maka hasilnya menjadi kenyataan pada malam ini.

“ Lagipun konsep ini memang bertepatan dengan perkahwinan Serina, gabungan budaya timur dan barat.

“Saya banyak mengunakan bunga-bunga hidup agar nampak lebih segar,” kata Linda yang banyak menguruskan perkahwinan artis terkenal tanah air.

Sementara itu, Serina dan Gavin tiba pada majlis tersebut kira-kira pukul 8.45 malam tampil menawan dengan busana tradisional berwarna hijau juga rekaan Linda.

Beliau berkata, bagi menampakkan lagi kelainan rekaan baju Serina dan aksesori mempelai yang digunakan pada malam tadi, ia telah ditempah khas dari Jakarta, Indonesia.

“Baju pengantin adalah sutera asli Indonesia manakala perhiasan kepala dan aksesori dari Jakarta.

“Pilihan warna hijau amarel adalah warna kegemaran Gavin dan anggaran baju perkahwinan tradisional Jawa pada malam itu kira-kira RM22,000,” ujarnya.

Selain majlis pada malam tadi, beliau turut terlibat dalam mereka bentuk pelamin dan ruang makan pada majlis nikah semalam.

Menurutnya, bukan mudah untuk menyiapkan pelamin dan menghias tempat majlis tersebut, dia terpaksa mengunakan khidmat seramai 50 pembantu bagi memastikan kerja-kerja siap dalam tempoh masa yang diberi.

Kemeriahan majlis itu turut diserikan dengan sebuah persembahan tarian tradisional Jawa bagi meraikan tetamu yang hadir.

Majlis yang berakhir menjelang tengah malam itu dihadiri hampir 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat.

Semalam, Serina dan Gavin selamat diijab kabul pada pukul 11.30 pagi, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di Kuala Lumpur dengan hanya sekali lafaz.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan