James Ajak Pelakon Hayati Watak Kaum Na'vi Di Hutan Hawaii - Berita Hiburan | mStar

James Ajak Pelakon Hayati Watak Kaum Na'vi Di Hutan Hawaii

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGI mendapat penghayatan yang maksima untuk filem 'Avatar', pengarah James Cameron, telah mengajak seluruh pelakon dan kru yang terlibat, ke Hawaii. Di sana mereka menghabiskan waktu menyusuri hutan dan tinggal ala bangsa Na'vi.

Bukan setakat menghayati watak saja, para pelakon dan kru membuat perkemahan dan memakan ikan persis seperti bangsa Na'vi yang tinggal di hutan Pandora.

Walaupun hutan Hawaii tidak mirip dengan hutan Pandora, ia banyak memberi petunjuk dan membantu pelakon dan kru bagaimana untuk mendapat gambaran sebenar apa yang James inginkan untuk setting hutan Pandora dalam filem 'Avatar'.

Menurut aktres Zoe Saldana, yang membawa watak Neytiri, ketika di hutan Hawaii itu, dia membiasakan diri memakai baju pahlawan dengan pakaian khas menutup punggungnya seperti watak bangsa Na'vi.

Selain penghayatan dalam hutan di Hawaii, perkara lain yang menarik ialah kisah di sebalik bahasa yang digunakan kaum Na'vi dalam filem itu.'

James Cameron mengajak ahli bahasa, Paul Fromer, untuk membuat bahasa bangsa Na'vi dan meminta agar bahasa itu mudah digunakan oleh pelakon-pelakon yang berlakon dalam filem itu.

Tetapi bahasa yang dicipta Fromer ternyata kurang memiliki kesamaan atau kemiripan dari bahasa yang dipakai kita sehari-hari. Ada sekitar 500 kata yang dicipta Former untuk bahasa bangsa Na'vi.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan