Inul Terkenang Pesanan Terakhir Gus Dur

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KESEDIHAN pemergian mantan Presiden Abdurrahman Wahid @ Gus Dur amat dirasakan penyanyi dangdut terkenal Inul Daratista.

Bagi Inul, tokoh Gus Dur tak ada bezanya seperti orang tuanya sendiri.

"Beliau penasihat saya, guru besar, ulama dan bapa sendiri. Lebih dari itu, saya menganggap Gus Dur sebagai bapa bangsa," jelas Inul seperti dilaporkan dalam laman kompas.com.

Ketika dalam perjalanan menuju kediaman Gus Dur di Ciganjur, Jakarta Selatan, Inul mengaku seperti tak percaya khabar duka yang didengarnya.

"Sampai saat ini saya belum percaya kalau beliau sudah tak ada, kerana bagi saya beliau mempunyai nyawa yang banyak sangat.

"Rasanya tidak mungkin ada orang lain seperti beliau yang dapat menahan rasa sakitnya," tutur Inul.

Bagi Inul, Gus Dur adalah tokoh yang memainkan peranan besar dalam perjalanan kariernya di pentas musik dangdut.

Menurut Inul, saat menjadi Ketua Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU), Gus Dur lah tokoh yang memberikan sokongan ketika desakan penolakan datang menghampiri Inul.

"Beliau pernah cakap dengan saya, "kamu enggak usah takut kalau kamu benar." Jadi sampai sekarang saya berani kalau benar," ujar penyanyi dangdut yang terkenal dengan lagu "Goyang Ngebor" itu.

Bukan setakat sokongan, Gus Dur juga sempat mengkritik Inul.

"Beliau juga pernah cakap agar saya jangan menyanyi dangdut terus. Kata Gus Dur 'Nul, kasih orang Pasuruan dengan nyanyian lagu kasidahan'," ujar Inul menirukan ucapan Gus Dur.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan