Hargai Nilai Harta Intelek Dalam Industri Kreatif

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemangku Pengarah WIPO bagi Bahagian Industri Kreatif, Dr Dimiter Gantchev.
Pemangku Pengarah WIPO bagi Bahagian Industri Kreatif, Dr Dimiter Gantchev.

PERKATAAN 'Industri Kreatif' yang pertama kali diperkenalkan di UK pada 1994 merujuk kepada segmen ekonomi yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam mewujud, mengilang, mengeluar, menyiar dan mengedar bahan yang dilindungi hakcipta.

Selama ini ketiadaan data menghalang usaha membangunkan dasar ke arah pertumbuhan industri kreatif dan tidak banyak yang diketahui akan kaitan dan sumbangannya kepada ekonomi.

Industri kreatif walaupun sebuah bidang yang baru muncul namun mewakili satu bahagian penting 'ekonomi baru'.

Pada 1998, Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan di UK mengambil usaha buat pertama kali untuk mentakrifkan apa dia industri kreatif, saiz dan impaknya ke atas ekonomi.

Keputusan daripada 'Kajian Penentuan Industri Kreatif' menunjukkan mengapa kerajaan perlu menyokong industri ini.

HARTA INTELEK BAGI INDUSTRI KREATIF

Untuk meningkatkan kesedaran akan peranan penting yang dimainkan oleh industri kreatif, Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) pada 2003 menjalankan satu siri tinjauan bagi mentakrif dan menunjukkan apa dia industri kreatif dan sumbangannya ke atas ekonomi kepada lebih 30 negara di seluruh dunia.

"Idea sebenar ialah untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat akan sumbangan industri kreatif kepada ekonomi, mempromosi kreativiti dan hak Harta Intelek (IP), dan tingkatkan kesedaran dan kefahaman akan pentingnya hakcipta sebagai penyumbang kepada ekonomi," kata Pemangku Pengarah WIPO bagi Bahagian Industri Kreatif, Dr Dimiter Gantchev kepada Bernama.

Harta Intelek merujuk kepada ciptaan minda seperti kesusasteran dan nukilan artistik, simbol, nama, imej dan rekabentuk yang digunakan dalam dunia perniagaan.

Ia merupakan asas industri kreatif tetapi banyak syarikat gagal menghargai nilainya dan dengan itu tidak mengambil berat dalam melindungi IP mereka.

Keputusan tinjauan membawa bukti yang sukar dipertikai bahawa industri kreatif sebenarnya signifikan dari segi ekonomi dan setanding dengan sektor-sektor profil tinggi lain dari segi sumbangan mereka kepada pendapatan, penggajian dan perdagangan.

Atas kesedaran bahawa Malaysia perlu mentakrif dan mengenalpasti industri kreatif di negara ini dan di sebaliknya melindungi IP yang dijana oleh industri-industri ini, WIPO, dengan bantuan Kerjasama Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menjalankan tinjauan seumpama di Malaysia pada 2007.

Menurut Gantchev, seorang daripada anggota aktif WIPO, Malaysia memberi keutamaan dalam pembangunan infrastruktur IP dan menyumbangkan secara aktif kepada kata muafakat bagi IP dalam rangka kerja multilateral.

Tinjauan ini, yang berdasarkan kepada data yang dikumpul daripada Jabatan Statistik bagi tempoh lima tahun dari tahun 2000 hingga 2005, siap pada 2008.

SUMBANGAN INDUSTRI KREATIF KEPADA EKONOMI MALAYSIA

Tinjauan ini mendedahkan bahawa industri kreatif menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 11.1 peratus, melampaui kadar pertumbuhan negara sebanyak 6.6 peratus.

Peluang pekerjaan dalam industri kreatif mendaftarken pertumbuhan sebanyak 10.7 peratus, lebih tiga kali pertumbuhan penggajian kebangsaan iaitu 3.3 peratus.

Selain itu, industri kreatif menyumbangkan sebanyak 5.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mewakili 1.0 peratus daripada eksport negara dan 7.5 peratus peluang pekerjaan di seluruh negara. "Angka-angka ini menunjukkan bahawa industri kreatif membantu memacu ekonomi negara, lebih dinamik daripada banyak sektor lain di Malaysia dan berjaya mengurangkan impak kegawatan ekonomi global 2005," kata Dr Vijatakumari Kanapathy, perunding bebas yang menjalankan tinjauan ini.

Penemuan ini menunjukkan mengapa perlu mengiktiraf dan melindungi hak IP sebagai keperluan asas bagi pertumbuhan industri kreatif di Malaysia.

Laluan ke dasar industri kreatif yang berjaya merupakan laluan kompleks yang memerlukan matlamat, sokongan serta perakuan undang-undang, perjanjian dan konvensyen serantau dan kebangsaan.

Undang-undang intelektual yang utuh adalah penting dalam memastikan keupayaan berterusan industri kreatif untuk menyampaikan hasil-hasil kreatif kepada pasaran.

IP DALAM INDUSTRI FILEM MALAYSIA

Semasa ekonomi beralih ke arah satu struktur yang berorientasi khidmat, keupayaan untuk mengenalpasti pemilikan serta kawalan harta intelek akan menjadi lebih relevan.

Seterusnya pada Seminar Kebangsaan WIPO-Malaysia mengenai Industri Kreatif yang berlangsung di sini baru-baru ini, sektor pertama yang diberi tumpuan semasa perbincangan ialah industri filem Malaysia.

Dalam ucaptama pada seminar itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan perlunya untuk meneroka dan mengambil kesempatan penuh daripada potensi IP yang dijana oleh industri kreatif dalam usaha untuk muncul sebagai sebuah negara maju.

"Seminar ini menunjukkan bagaimana IP beroperasi dalam industri filem. Ia merupakan yang pertama dalam siri seminar yang komited bagi kesedaran IP serta pendidikan bagi pengiat-pengiat mengikut sektor dalam industri kreatif," kata Ketua Pengarah MyIPO, Kamel Mohamad. "Keputusan kajian menunjukkan terdapat keperluan untuk menjalankan kajian mendalam berhubung hak IP yang berkaitan dengan industri kreatif mengikut sektor bagi mengenalpasti isu-isu dan cabaran serta merumuskan dasar-dasar bagi perlindungan dan pertumbuhan sektor itu," kata Kamel.

CIRI-CIRI HAK IP DAN PROSES MEMBUAT FILEM

Sektor pembuatan filem membabitkan banyak hak IP. Daripada skrip awal, lakon layar, muzik dan sehinggalah gambar lokasi, terdapat isu-isu kelulusan untuk dipertimbangkan berhubung Hakcipta, Cap Dagang, Hak Moral dan Hak Publisiti. IP ini adalah kepunyaan pencipta asal.

Perlu ada bukti bertulis yang menunjukkan penerbit mengawal hak-hak yang ada ini. Dokumen ini juga penting daripada segi terma dan syarat bagi pembiayaan dan pengedaran filem berkenaan. Penerbit perlu mempunyai senarai semak yang direkod dengan baik memperinci kesemua kebenaran dan kelulusan bertulis yang diperolehi daripada pemilik IP yang berkenaan.

Dari awal lagi, penerbit perlu memastikan status kesemua hak yang terbabit sebelum memeterai apa-apa Pembelian Hak/Penyerahan Hak/Perjanjian Pelesenan yang perlu untuk mendapatkan hak-hak ini. Di sinilah khidmat seorang peguam hiburan sangat diperlukan.

Semasa fasa penerbitan, isu-isu kelulusan lazimnya bertumpu pada kontrak barisan pelakon dan krew, lokasi, dan penggambaran alatan latar belakang yang dilindungi harta intelek.

Kemudian terdapat pula penyumbang kreatif dalam setiap unit produksi filem yang mungkin mahu sumbangan kreatif mereka dianggap sebagai hasil hakcipta bebas.

Perjanjian kontrak bersama pengarah, pelakon, ahli sinematograf, koreografer, artis serana khas dan semua yang lain berhubung penerbitan perlu dimeterai.

Di fasa pasca penerbitan, penerbit perlu mendapatkan kelulusan untuk menggunakan muzik, bahagian gambar yang ada, serana khas dan animasi.

Walaupun selepas mengambil langkah-langkah munasabah, pembikin filem tidak boleh beranggapan yang perjanjian sedia ada akan dapat menampung sepenuhnya perkembangan luar jangka dan menawarkan perlindungan secukupnya terhadap apa-apa tindakan perundangan.

Satu harta intelek yang ditunjukkan dalam cara menjejaskan imej produk, atau kemungkinan orang kenamaan dihina, membuka pintu bagi saman undang-undang.

Yang paling buruk boleh berlaku pada seseorang penerbit filem ialah filemnya tidak boleh ditayangkan kerana diancam tindakan undang-undang kerana pencabulan harta intelek.

Oleh itu adalah wajar bagi penerbit untuk mendapatkan insurans 'Errors and Omissions (E&O)' untuk melindungi diri daripada sebarang tindakan saman.

Kebenaran dan kelulusan juga adalah penting dalam hubungan penerbit-pengedar. Pengedar besar kemungkinan akan memerlukan penerbit untuk memberi jaminan yang filemnya tidak mencabuli mana-mana Pihak Ketiga, Cap Dagang, Nama Perdagangan, Hak Cipta, Hak Moral, Paten dan Hak bagi Privasi dan Publisiti.

Apabila projek filem ini siap penerbit perlu melindungi IP beliau terhadap filem berkenaan dan mengambil kesempatan daripada pulangan yang mampu diterimanya dengan menandatangani sama ada satu Opsyen, Lesen atau Perjanjian Jualan Terus atau kombinasi ketiga-tiganya bersama pengedar.

Hak strategi utama, yang seseorang penerbit filem akan tekankan ialah hak Teater, Hak Video dan Hak Televisyen (kabel, darat dan satelit).

Perjanjian pengedar lazimnya mengandungi fasal-fasal yang memberikan mereka hak untuk melakukan perubahan tertentu kepada sesebuah filem bagi tujuan pengedaran.

Penerbit perlu memastikan bahawa kebenaran yang perlu telah diperoleh daripada pemilik dan penyumbang kreatif bagi kerja-kerja terbabit. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan