Enrique Alah Dengan Wanita Wangi

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Enrique Iglesias mengaku tidak menyukai perempuan yang suka memakai wangian lebih-lebih lagi jika bau wangi itu terlalu berlebihan.

Penyanyi lagu Back My Love itu mengaku lebih gemarkan bau tubuh seseorang itu tanpa wangian.

“Perempuan yang memakai terlalu banyak wangian membuatkan saya tidak selesa. Saya tidak tahan dengan pelbagai jenis bau wangian itu,” ujarnya seperti dipetik dari Female First.

Anak kepada penyanyi Julio Iglesias ini telah menerapkan hal itu kepada kekasihnya, pemain tenis Anna Kournikova di mana Enrique selalu menegaskan kepada Anna agar tidak memakai wangian dengan berlebihan.

Sementara itu, ditanya mengenai hubungannya dengan Anna, Enrique akui hubungan mereka semakin serius. Namun kedua-duanya belum memutuskan untuk melangsungkan pernikahan.

“Sekarang, hubungan kami baik sahaja. Tiada anak, tiada pernikahan. Waktu itu akan datang dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi,” jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan