Sudah-Sudahlah Kontroversi... - Memey

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TINGGAL sehari saja lagi sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya. Seperti mana individu lain yang mengharapkan kemunculan tahun seterusnya bakal memberikan sinar baru, begitu juga yang diharapkan oleh pelakon muda, Memey Suhaiza.

Puas sudah dia ditohmah sejak tahun lalu dan berlarutan sehingga 2009. Semua itu amat mengguris hatinya, namun Memey tidak mampu membuang persepsi negatif yang sering dilemparkan oleh sesetengah pihak terhadap dirinya.

Lantas, tutur pelakon berusia 21 tahun ini, jalan terbaik adalah terus berdiam diri dan akur saja dengan label 'artis kontroversi' yang diberikan kepadanya itu.

Menjelang tahun 2010 ini, Memey berharap boleh keluar daripada label sedemikian dan apa yang penting, kata gadis kelahiran Johor ini, dia tidak mahu lagi terlalu membicarakan tentang kisah peribadinya, terutama tentang hubungan cintanya dengan pelakon, Norman Hakim.

Ujar Memey, dia tidak mahu orang terus meletakkan tanggapan yang salah terhadap dirinya. Contoh terbaik ialah gambar-gambar mesra pelakon ini bersama anak-anak Norman yang tersebar di internet baru-baru ini, yang mana membuatkan banyak pihak terus 'mengecam' Memey.

Gambar yang dimasukkan sendiri oleh Memey di laman web Facebook itu hanyalah sekadar untuk simpanannya, tetapi 'dicuri' dan disebarkan di internet dengan diselitkan pelbagai cercaan terhadap dirinya dan Norman.

"Apa yang saya perasan, orang suka mencari silap saya, terutamanya di internet yang selalu wujudkan macam-macam isu tentang saya.

"Selepas kontroversi dulu, saya memang sentiasa berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk saya.

"Apa yang pasti, dengan kedatangan tahun baru nanti, saya mengharapkan ia akan menjadi satu permulaan yang baik dan hidup saya juga akan lebih stabil.

"Sudah-sudahlah kontroversi...Saya ingin lupakan semuanya dan mulakan kehidupan yang baru," kata Memey.

Ditanya sama ada perkahwinan turut berada di dalam perancangan 2010, apatah lagi kedua-duanya dilihat semakin mesra dan mendapat 'lampu hijau' daripada anak-anak Norman dan keluarga kedua belah pihak, jawab Memey:

"Belumlah...saya masih muda dan usia hubungan kami juga baru menjangkau setahun. Nak cakap lebih-lebih sekarang pun, tak eloklah. Sebab itulah kalau boleh, saya tidak mahu lagi terlalu bercakap tentang hubungan kami.

"Kalau sudah benar-benar masanya tiba, barulah sesuai untuk saya bercakap. Sekarang ni, tidak ada perancangan lagi pun ke arah itu."

Dalam perkembangan lain, Memey berkata, dia kini sedang dalam penggambaran sebuah telefilem berjudul Salam Terakhir bersama pelakon-pelakon seperti Intan Azura dan Nadia Mustafar.

Telefilem itu dijangka akan disiarkan pada bulan hadapan di Astro.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan