Qi (Blogger Boy) Jalani Ujian Saringan Positif Dadah?

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS kecoh Awal Ashaari, Scha dan Juliana Evans diserbu polis semasa sedang ‘berseronok’ di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, timbul pula cerita mengenai salah seorang pelakon dan pengacara yang turut ditahan dalam serbuan itu dan disahkan positif dadah.

Malah ketika dalam sidang media khas baru-baru ini, Awal ada menyebut tentang seorang pelakon dan pengacara yang disahkan positif dadah.

Ramai yang mendakwa pelakon dan pengacara tersebut adalah Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali yang lebih dikenali menerusi rancangan ‘Destinasi Bajet’ dan siri ‘Blogger Boy’ di 8TV.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus Qi telah menjalani ujian saringan positif dadah namun setakat ini mereka masih menunggu keputusan daripada pihak hospital.

Biarpun ramai yang sudah membuat pelbagai telahan atau spekulasi tentang Qi, namun bekas pemain drum kumpulan OAG ini enggan dicop penagih dadah.

Qi mengaku, memang dia ditahan dalam serbuan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur pada malam Krismas lalu. Namun, akhirnya dia dibebaskan.

"Saya bukan ditangkap kerana dadah. Saya juga tidak mengambil dadah dan tidak dimasukkan ke dalam penjara seperti yang didakwa," ujar Qi, yang juga adik Shahrin Blackrose.

Walaupun begitu, Qi bagaikan sukar untuk memberikan jawapan tatkala ditanya sama ada ujian air kencingnya didapati positif atau negatif.

"Sebelum saya beri apa-apa komen, lebih baik kita tunggu surat daripada pihak polis. Apa yang saya boleh katakan, saya tidak mengambil apa-apa ubat selain ubat doktor," jelasnya lagi.

Qi menegaskan cerita dia positif dadah tersebar disebabkan oleh salah faham. Kekasih aktres dan model Julie Woon ini berkata dia ke pusat hiburan itu untuk meraikan Hari Jadi rakannya yang baru datang dari United Kingdom.

"Saya baru sampai dalam 10 minit di pusat hiburan itu iaitu dalam pukul 2.45 pagi. Apabila serbuan dibuat, saya tidak membantah selepas diminta membuat ujian air kencing.

"Dalam masa yang sama, saya turut merasa risau juga kerana tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini,” ceritanya.

Adik ipar kepada pelakon Ida Nerina ini juga merayu agar tidak memaksanya untuk bercakap lebih lanjut kerana bimbang karier seninya akan terjejas nanti.

"Saya rasa perkara ini sensitif dan tak nak beritahu lebih-lebih sebab ia boleh memberikan kesan kepada keseluruhan karier saya. Saya berjanji akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya nanti," beritahunya lagi dalam nada tenang.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan