Cerita 'Playboy' Saya Sudah Berakhir - Badrul Muhayat

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENDENGARKAN saja nama aktor ini, pasti tanggapan negatif akan singgah pada empunya diri Badrul Muhayat ekoran kenakalannya dengan cerita-cerita panas yang pernah ditimbulkannya sebelum ini.

Namun, Badrul atau lebih mesra dengan sapaan Bad tetap tegar mengharungi pahit-manis bergelar anak seni selama hampir 20 tahun. Padanya, inilah harga yang perlu dibayar kerana bergelar pelakon.

Ketika ditanya mengenai status rumahtangganya, aktor yang pernah dilabel 'playboy' ini cukup terbuka untuk berkongsi cerita. Menurut Bad, dia mengakui bahawa semua cerita mengenai kes mahkamah dan pergolakan rumah tangganya suatu waktu dulu sudah berakhir.

"Terus-terang saya katakan, saya dan isteri masih seperti dulu. Benar, pernah ada kes sebelum ini, tapi kami telah selesaikan dengan baik melalui perbincangan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

"Pada saya, itu cerita lama. Apa yang penting sekarang, kehidupan saya dan isteri seperti biasa saja. Kami masih tinggal sebumbung dan masih bahagia.

"Semua cerita mengenai khalwat dan pukul isteri itu hanya dibesar-besarkan. Hakikatnya, ia tidak seteruk yang dikhabarkan.

"Saya dan isteri tahu perkara sebenar. Sebab itulah, kehidupan kami masih bahagia hingga hari ini biarpun ramai di luar sana yang berpandangan serong pada saya.

"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, isteri saya tahu apa yang saya lakukan. Itu lebih utama buat saya.

"Banyak perkara yang saya pelajari daripada kesilapan yang lalu. Mujurlah isteri amat memahami dan terima saya seadanya," katanya.

Bercerita mengenai perancangan masa depan, Bad yang mengkagumi aktor dan penerbit Rosyam Nor ingin menjadikan aktor itu sebagai inspirasi untuknya terus bergiat aktif di dalam dunia lakonan.

"Saya ingin terus aktif sebagai anak seni. Saya ingin jadi seperti Rosyam Nor. Walaupun usia semakin meningkat, Rosyam terus kukuh di industri seni lakon tanah air.

"Malah, Rosyam masih relevan dan diperlukan dalam dunia lakonan kita. Atas dasar itu, saya ingin mencontohi jejak langkahnya. Sebab itu saya kembali aktif berlakon sejak dua tahun kebelakangan ini.

"Saya cukup seronok apabila berlakon. Lakonan adalah jiwa saya dan saya tidak pernah terfikir berlakon kerana ingin mengejar populariti," ujarnya.

Bercerita mengenai perkembangan karier, Badrul berkata, selain daripada komitmen terhadap drama bersiri, Mayang Mengurai, dia juga bakal menerbitkan sebuah filem aksi pada awal tahun depan.

Jelasnya, projek yang bakal diterbitkan oleh syarikat produksi milik temannya, Advante Garde Broadcasting itu bakal memperlihatkan dirinya kembali ke layar perak sebagai watak utama.

"Antara sebab saya kembali aktif berlakon kebelakangan ini adalah bertujuan agar generasi hari ini dapat mengenali nama Badrul Muhayat. Maklumlah saya muncul pada era awal 90-an, sudah tentulah peminat hari ini kurang mengenali saya.

"Memandangkan, saya akan kembali ke layar perak sekitar awal tahun depan, wajar untuk saya kembali aktif berlakon di TV agar peminat dan generasi hari ini cam wajah saya. Ini boleh dikatakan sebagai persiapan untuk 'comeback' saya tahun depan.

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai projek filem terbarunya itu, Badrul bagaimanapun berkata, dia akan mengumumkan kepada pihak media mengenai projek itu menjelang Januari depan.

"Apa yang saya boleh katakan, ia sebuah filem aksi yang berskala besar. Saya akan bertindak sebagai penerbit juga pelakon utama kepada filem ini.

"Namun, saya belum boleh buka mulut lebih lanjut. Nantikan saja pengumuman daripada saya dan produksi itu sekitar awal tahun depan.

"Insya'allah, jika tiada aral melintang kami akan mulakan penggambaran pada Februari depan," terang Badrul mengakhiri perbualan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan