Robbie Williams Putus Cinta Tiga Kali Dengan Ayda

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROBBIE Williams mendedahkan bahawa dia pernah memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya, Ayda Field sebanyak tiga kali pada tahun pertama mereka bercinta, gara-gara penyanyi itu takut dengan komitmen.

Bekas anggota kumpulan Take That itu berkata, dia mengambil masa agak lama untuk benar-benar menyedari bahawa aktres itu adalah wanita yang sesuai untuk dirinya.

"Kami putus cinta sebanyak tiga kali kerana saya tidak percaya dan tidak tahu bahawa saya benar-benar perlukan hubungan ini. Saya sentiasa ingin cari yang terbaik, tetapi Ayda sentiasa menjadi seorang wanita yang hebat.

"Ayah saya pernah bertemunya dan sebelum dia beredar, dia berkata pada saya, 'kamu dalam masalah besar' - kerana saya tidak ada alasan untuk lari daripada hubungan itu.

"Setelah sekian lama, baru saya nampak dia (Ayda) adalah wanita yang baik dan ingin menjaga saya. Saya juga ingin berbuat demikian padanya," kata Williams.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan