Peserta AF8 Perlu Lalui Ujian Personaliti

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi bersama juri-juri yang terlibat semasa sesi ujibakat AF8.-FOTO THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi bersama juri-juri yang terlibat semasa sesi ujibakat AF8.-FOTO THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

BERAKHIRNYA program Sehati Berdansa, Astro meneruskan lagi penerbitan rancangan realiti nyanyian popular iaitu Akademi Fantasia bagi tahun 2010 dengan meneruskan misi pencarian juara baru musim kelapan.

Setelah tujuh musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya tersendiri di hati para peminat seni tanahair, ujibakat Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) kali ini adalah lebih ketat.

Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata ujibakat kali ini akan dilakukan secara tiga peringkat yang mana bagi memastikan peserta yang dipilih adalah yang terbaik dan mempunyai pakej seorang penghibur.

"Kali ini calon akan melalui tiga peringkat pemilihan iaitu peringkat pertama dari segi mutu suara, peringkat kedua adalah dari segi kualiti sebagai penghibur dan peringkat akhir adalah penilaian perwatakan atau personaliti peserta.

"Peringkat ketiga merupakan final bagi menentukan sama ada mereka sesuai atau tidak menjadi pelajar AF musim ini, kita tidak mahu mereka hanya mempunyai suara yang bagus atau rupa paras yang menarik malah mempunyai perwatakkan dan keyakinan diri yang tinggi.

"Di situ kita akan adakan ujian penilaian dari segi perwatakan seperti bahasa badan, riak wajah dan bagaimana mereka menghadai tekanan, ini adalah persedian apabila mereka keluar dari akademi mereka mampu untuk berdiri sendiri" ujar Azlin.

Tambahnya,juri-juri yang akan bergilir-gilir terlibat semasa ujibakat ini ialah mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Lah VE, Deja Moss, Fairus Hussain dan guru vokal Syafizawati Shariff (Cikgu Syafi).

Manakala dua pakar motivasi iaitu Dr Fazley Yaakob dan Dr Azahari Othman juga dijemput bagi membantu pihak produksi untuk mengenali perwatakan pelajar.

Seperti musim lalu, AF8 juga masih membuka peluang kepada warganegara Singapura dan golongan artis yang tidak bernaung dimana-mana syarikat rakaman.

"Walaupun tahun lalu penyertaan dari warga Singapura agak kurang kerana tidak tahu tentang program ini, tapi kali ini saya pasti sambutan lebih menggalakkan kerana Astro Ria bakal ditonton oleh seluruh warga Singapura mungkin pada Mac tahun hadapan," katanya. Sesi ujibakat bagi mencari juara baru akan diadakan di:

Kompleks Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur, 9 - 10 Jan The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 16 - 17 Jan Redbox Gurney, Plaza Gurney, 16 & 17 Jan Hotel Promenade, Kota Kinabalu, 22-24 Jan Hotel MARDEKA Palace, Kuching, 23 & 24 Jan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 30 & 31 Jan

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18-45 tahun dan membawa salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menyanyi secara 'acapella' lagu-lagu pilihan seperti berikut:

Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:

1. Gagap - Stacy 2. Jika Kau Ubah Fikiran- Mila 3. Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah 4. Dan Sebenarnya - Yuna 5. Di Taman Teman -Siti Nurhaliza 6. When You’re Gone - Avril Lavigne

Manakala lagu pilihan peserta lelaki:

1. Situasi -Bunkface 2. Hujan -Sudirman 3. Ada Untukmu -Nubhan 4. Berdendang Dalam Tangisan -Jamal Abdillah 5. Fikirlah -Aizat 6. I’m Yours -Jason Mraz

Sementara itu, sebuah persembahan pentas istimewa akan diadakan untuk menghangatkan lagi sesi ujibakat di negeri Johor pada 16 dan 17 Januari.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan