Kakak Tua: Bersaksikan Mata, Berhakimkan Hati!

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awal Ashaari
Awal Ashaari

ARTIS memang selalu bangun lambat. Ini lazim berlaku kerana tugas mereka yang terlibat dengan penggambaran drama/filem, rakaman album, persembahan pentas atau dinner show. Tapi ramai juga insan popular yang bangun lambat kerana menghirup angin pagi di kelab malam atau disko. Sudah banyak kali nama artis-artis yang suka mencari hiburan di tempat-tempat begini menjadi santapan media bila polis buat serbuan.

Kalau yang sedang khayal meneguk arak atau berpeleseran, tentu tidak terlepas dari radar pihak media dan polis. Tambah pula kalau wajah kita dikenali ramai, tentu lah lebih sensasi berita penangkapan itu. Minggu lepas, giliran pengacara dan pelakon Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan Juliana Evans dicekup kerana berada di premis tempat serbuan. Tiga selebriti ini ditahan untuk jalani ujian kencing tetapi dilepaskan kemudian. Khabarnya, mereka berparti sakan kerana meraikan hari kelahiran seorang teman.

Walau pun sampel air kencing disahkan negatif, stigmanya tetap dirasa. Ini bukan soal ambil dadah tapi kalau berada di premis begitu sampai jam 3 pagi, memang saja lah cari masalah . Ekoran tips dari wartawan yang berada di tempat kejadian dan kesahihan sumber, nama Awal disebut-sebut sebagai artis yang enggan diambil sampel air kencingnya.

Langsung portal mStar cuba dapatkan Awal tapi tidak berjaya, terus pilihan kedua adalah pengurusnya.

Pengurus yang prihatin nasib artis jagaannya menafikan yang Awal terlibat. Dan menepati slogan 'tepat dan cepat' maka itu saja yang dilaporkan. Alih-alih di sidang media keesokan harinya, yang jadi topik utama ialah tentang 'kesilapan laporan'.

Pengurus mendakwa yang dilaporkan lain dari apa yang dia cakap. Tapi cerita sebenar memang tidak seperti yang dihebahkan.Tersasar jauh persepsi pengurus dan Awal. Kenapa lah, lain yang bengkak lain pula yang menanah. Merah padam muka Kakak Tua bak bunga raya kembang pagi bila dikatakan anak buah 'tersilap fakta' sedangkan ramai menjadi saksi pada perbualan itu.Tapi marah ibu tua ini tidak berpanjangan kerana bila difikirkan balik, bukan semua orang mampu angkat bendera putih bila sudah tersilap langkah dan kata. Jalan pintas adalah penafian. Tak sangka ramai yang terkena jangkitan sindrom living in denial.

Melihat perkembangan tidak sihat ini, Kakak Tua ingin berkongsi nasihat yang dititipkan oleh Mak Tom, bonda kesayangan selebriti kontroversi Azwan Ali. Kata Mak Tom, 'kalau kita berkawan dengan kambing, kita tak jadi kambing tapi kita akan bau kambing.' Jadi kalau sudah pilihan Awal, Scha dan Juliana Evan untuk bergelumang di pusat hiburan, maka tidak banyak, sedikit pun pasti akan terpalit dengan aura negatif. Tidak perlu lah si pengurus cuba mengolah ayat hingga hendak menyalahkan pihak lain pula untuk mempertahankan Awal.

Yang pasti, kehadiran Awal di pusat hiburan Rootz Kelab hingga ditahan polis itu, sampai bila-bila pun akan senantiasa menjadi sejarah yang layak dimuatkan dalam edisi '999' atau '360'. Jejak boleh dihilang, kalau belang susah sikit. Berita penahanan itu hanya sekadar satu tanda ingatan kerana tuhan beri peluang untuk kita mengubah perangai yang tidak elok. Kalau sudah berparti sampai ke pagi hari, banyak buruk dari baik. Janganlah ingat bila sudah popular, kita boleh berlagak 'tepuk dada tanya selera.'

Hidup sebagai artis popular menuntut pengorbanan. Jangan angkuh dan tidak ambil pusing dengan berita-berita negatif hanya kerana kita sudah popular. Ramai sangat artis-artis baru umpama pucuk rebung yang cultural shock. Bila masih harum, semuanya dijaga tapi bila sudah popular, berlagak macam tak perlukan sesiapa. Ada juga yang pura-pura baik dengan media sebagai satu sandiwara. Ada tu asyik bersandiwara sampai terkeliru dengan fakta dan illusi. Bila sudah tersepit, cari scapegoat.

Terlanjur bercerita pasal Awal, Kakak Tua teringin hendak komen pasal hero Melayu alaf baru Remy Ishak. Jujur cakap, Kakak Tua tidak berapa minat baik lakonan mahupun penampilan Remy. Tapi bila dia dibelasah baru-baru, naluri keibuan turut merasa belas. Kisah cintanya dengan Ummi Nazeerah kalahkan 'Laila Dan Majnun.' Apa yang tidak kena di mata Kakak Tua bila kenyataan Remy banyak timbulkan tanda tanya.

Pada Remy, Awal dan lain-lain yang berhadapan dengan masalah peribadi, cuba lah atasi masalah dengan matang dan bijak. Sikap buruk macam mana pun akan diketahui juga ibarat menyorok di sebalik lalang. Kita dilahirkan dengan satu nama dan satu rupa saja. Bila biarkan mala berterusan, ke mana lagi hendak bawa diri. Takkan nak pakai topeng, macam Bandi Amuk pula.

KAKAK TUA: Kalau bayan, bayan juga. Kalau serindit, serindit juga.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan