Dr Fazley Tidak Mahu Terus 'Hilang' Dari Dunia Seni

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAMA pelantun lagu Bila April, Dr Fazley Yaakob agak suram dari dunia hiburan tanah air sejak kebelakangan ini, jika ada sekalipun tidak lagi segah dahulu.

Kesibukan mengurus perniagaan dan tugas sebagai perunding motivasi serta pemilik Fazley International Kolej ini mungkin menuntut dirinya membataskan aktiviti seni.

Ditambah pula status sebagai suami kepada Azrene Soraya dan bapa kepada Ahmad Fariedz Shah, ternyata menambahkan tanggungjawab yang terpaksa dipikul penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara ini.

Namun begitu, usahawan muda ini tidak mahu terus menerus hilang dari dunia seni, seboleh mungkin, bakat seninya tidak akan dibiarkan sia-sia begitu sahaja.

'Kehilangan' daripada publisiti media memberi ruang kepada Fazley untuk mencari ilham baru.

Tahun 2010 merupakan tahun bagi Fazley untuk kembali aktif dalam bidang seni terutama bidang nyanyian memandangkan albumnya akan berada di pasaran pada bulan hadapan.

"Saya berehat setahun kerana ingin menumpukan perhatian kepada anak saya, sekarang dia sudah berusia setahun lebih dan mungkin tiba masa untuk saya kembali semula aktif dalam bidang seni.

"Single terbaru saya sudah dimainkan di radio bertajuk Bila Ada dan maklum balas yang saya terima daripada pendengar amat positif.

"Album saya berjudul Super Heromu akan keluar pada Januari depan dengan memuatkan lima buah lagu berkonsepkan santai. Album itu juga mendapat kerjasama dari komposer Ajai dan Habsah Hassan.

Selain mengekalkan tema cinta, Fazley turut mencipta lagu istimewa untuk anak kesayanganya bertajuk Dari Papa dan Indah Keranamu yang ditujukan khas buat isteri tercinta.

Menurut Fazley yang mengacara program Suara Siswa, dia mengakui rutin hariannya akan bertambah padat tahun hadapan dan masa bersama keluarga terpaksa dibahagikan sebaik mungkin.

"Jadual saya tahun hadapan memang agak padat namun saya akan pastikan saya mempunyai masa bersama keluarga," katanya yang bakal menimang cahaya mata kedua awal tahun hadapan.

Menyentuh soal lakonan, Fazley berkata buat masa sekarang ada beberapa tawaran filem dan drama masih dalam penelitiannya, namun dia belum membuat apa-apa keputusan tentang itu.

Fazley yang juga terlibat secara langsung sebagai juri dalam pemilihan peserta Akademi Fantasia musim kelapan berkata, dia akan bertanggungjawab memastikan calon yang terpilih mempunyai perwatakan dan personaliti sebagai seorang penghibur.

"Kami tidak mahu peserta yang dipilih mempunyai bakat nyanyian sahaja malah mempunyai personaliti dan kredibiliti sebagai seorang penghibur untuk itu saya akan membuat beberapa ujian bagi menilai mereka.

"Kita mahu pelajar yang dipilih benar-benar mempunyai kualiti yang diinginkan dalam industri hiburan tanahair," ujar Fazley.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan