Sazzy-Nazril Jangka Kekalahan

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu tarian Kurik Kundi yang dipersembahkan oleh Sazzy dan Nazril pada malam kemuncak Sehati Berdansa.
Salah satu tarian Kurik Kundi yang dipersembahkan oleh Sazzy dan Nazril pada malam kemuncak Sehati Berdansa.

SETELAH 10 minggu bersiaran, program realiti Sehati Berdansa melabuhkan tirai kelmarin dengan menobatkan pasangan Sein dan Nana sebagai juara pada musim ketiga ini.

Namun itu tidak bermakna pasangan Sazzy dan Nazril tidak melakukan yang terbaik, malah ada juga berpendapat mereka lebih layak memegang takhta tersebut.

Walau apa juga pendapat dan kritikan juri profesional, ini adalah program realiti, dimana ‘jari’ menjadi juri, kemenangan 100 peratus adalah berdasarkan undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan talian tetap.

Pada malam kelmarin, pasangan Sein dan Nana mendapat undian tertinggi sebanyak 84 peratus berbanding Sazzy dan Nazril yang hanya mendapat 16 peratus sahaja.

Bagi Sazzy sudah sampai ke peringkat akhir merupakan pencapaian yang terbaik kerana dia sedar bahawa dia dan Nazril tidak mempunyai peminat tersendiri.

"Dari awal saya menyertai program ini saya sudah kata pada suami untuk lawan dari segi undian memang kami akan kalah.

"Saya tahu saya tidak ada kelompok peminat sebab saya artis ‘urban’ jadi saya kata dengan suami bahawa kita perlu lawan dengan beri persembahan yang terbaik.

"Saya dan suami memang sudah beri komitmen 100 peratus untuk Sehati Berdansa dan jika peminat semua berpuas hati dengan persembahan kami itu sudah memadai.

"Secara jujur untuk menerima program ini bukan mudah, 10 minggu merupakan tempoh yang agak panjang untuk kami beri komitmen, tapi sekarang kami harus berterima kasih kepada Astro sebab beri peluang kepada kami," kata Sazzy yang berpuas hati dengan persembahan tarian mereka pada malam kemuncak itu.

Nazril turut mengakui bahawa peluang untuk menjuarai program ini tipis melihatkan undian yang diterima setiap minggu juga tidak konsisten.

"Susah nak lawan dari segi undian SMS tapi dapat menyertai Sehati Berdansa merupakan pengalaman yang paling berharga dan tidak menjangkakan mampu untuk ke peringkat akhir," kata Nazril yang menganggap program tersebut mampu mengeratkan lagi hubunganya dengan isteri tercinta.

Juara Sehati Berdansa pasangan Sein dan Nana menyifatkan usaha mereka bertungkus lumus selama ini berbaloi.

Kata Sein, mereka telah merancang untuk memberikan yang terbaik dan Tuhan yang menentukan kemenangan mereka pada malam itu.

"Kami bagi 100 peratus latihan sepanjang minggu dan sentiasa berusaha memberi setakat yang kami mampu, selebihnya kami serahkan kepada Allah.

"Dari segi undian saya bersyukur kerana ia berpihak kepada kami dan ia mungin rezeki anak-anak," kata Sein.

Sementara itu, Nana mengakui perasaan gembira dan terkejut dengan kemenangan pada malam tersebut tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Pasangan Sein dan Nana membawa pulang hadiah sehingga RM200,000 iaitu sebuah kereta Audi A4 (1.8), pakej bulan madu ke Rom, Itali beserta trofi.

Badan kebajikan yang diwakili oleh pasangan juara itu iaitu Persatuan Albinisma Kuala Lumpur menerima wang tunai berjumlah RM20,000. Manakala koreografer pasangan tersebut juga, Bayu turut menerima hadiah pakej percutian ke Rom, Itali beserta sebuah trofi.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan