Melly Goeslow Enggan Komen Isu Curang

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN tuduhan kecurangannya menjadi berita utama ruangan hiburan beberapa hari ini, penyanyi dan komposer Melly Goeslow masih berdiam diri.

Ketika ditemui selepas program ‘Dahsyat’ di studio RCTI pada Jumaat lalu, Melly hanya mendiamkan diri. Dia nekad enggan membuka mulut mengenai tuduhan itu.

”Saya mempunyai hak untuk menjawab atau tidak,” tegas Melly sambil berjalan ke keretanya, Nissan X-Trail berwarna hitam.

Terdahulu, Anto Hoed, suami kepada penyanyi dan komposer Melly Goeslow percaya penuh dengan isterinya dan membantah keras isu curang isterinya.

Dia menganggap penyebar fitnah itu, Masnawati atau Wati hanya mencari populariti.

Anto berkata Wati gagal menunjukkan buktinya mengenai SMS romantik Melly dengan seorang polis seperti yang didakwa oleh wanita itu.

Wati, ibu beranak tiga ini mengaku isteri Anto Hoed itu menjadi penyebab penceraiannya dengan Enjang Hasan Kurnia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan