Konsert Koir Muzikal Pop Pentas Bakat Muda

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsert koir muzikal pop yang julung kali diadakan di negara ini menjadi pentas terbaik untuk bakat muda dalam seni suara dan muzik kombo mengembangkan sayap mereka, kata Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli.

Katanya konsert bertema "In Love With Peace" itu ialah usaha terbaru JKKN yang dipersembahkan oleh kumpulan koir kebangsaan berkonsepkan muzikal pop dan rock.

"Usaha ini harus diberi pujian kerana telah membawa pembaharuan dalam seni suara dan kumpulan muzik untuk memperlihatkan bakat serta kemampuan mereka kepada khalayak di seluruh Malaysia," kata Norliza pada sidang media selepas konsert itu di Pusat Pelancongan Malaysia di sini pada hari Ahad.

Konsert yang dipersembahkan oleh 25 penyanyi koir kebangsaan itu, turut memuatkan beberapa segmen antaranya lagu-lagu mengenang mendiang penyanyi Michael Jackson, lagu-lagu berentak Rap dan lagu-lagu pop Malaysia.

Kumpulan koir kebangsaan itu juga terdiri daripada sekumpulan anak muda yang dilatih secara profesional oleh penyanyi dan pengarah vokal Syafinaz Selamat serta dipimpin oleh konduktor Amri Zane. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan