Album Timberlake Diundi Album Terbaik Dekad Ini - Berita Hiburan | mStar

Album Timberlake Diundi Album Terbaik Dekad Ini

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM artis popular Amerika Syarikat Justin Timberlake berjudul "Futuresex/Lovesounds" mendapat gelaran 'Album Terbaik Dekad Ini' oleh sebuah laman web muzik.

Editor-editor di PopEater.com mengumpulkan muzik-muzik terbaik pada dekad ini, menurut laporan contactmusic.com.

Mereka seterusnya mengundi album Timberlake sebagai peneraju carta album terbaik dekad ini.

Bintang-bintang popular lain yang turut bertanding ialah Kanye West, Gorillaz, Kelly Clarkson, Scissor Sister, Gwen Stefani, Beyonce, Outkast, Green Day dan Winehouse.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan