Usia 60 Tahun Tidak Halang Sigourney Weaver Beraksi Dalam ‘Avatar’

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

USIA 60 tahun aktres Sigourney Weaver tidak menghalangnya untuk berlakon dengan cukup berkesan dalam filem Avatar.

Menurut Weaver, dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik, suntikan botoks atau sedut lemak sebaliknya mengekalkan kecantikan dengan cara berkebun.

“Saya suka berkebun di siang hari. Seperti ada satu chemistry antara saya dengan tumbuhan di halaman rumah,” jelasnya seperti dipetik dari Daily Mail.

Pelakon yang membawakan watak Dr Grace Austin dalam filem Avatar ini menambah, fikiran dan perasaan saya boleh menjadi tenang apabila berkebun.

“Saya akan berasa sangat puas yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata setelah melihat tanaman itu tumbuh subur dan berbunga dengan baik,” ceritanya.

Weaver berkata sebelum berlakon dalam filem Avatar, dia harus melakukan persiapan fizikal dengan sepenuhnya. Filem yang turut dibintangi oleh Sam Worthington itu sangat memerlukan Weaver untuk melakukan banyak aksi.

Namun Weaver mengaku dia berasa bangga kerana boleh berlakon di bawah arahan sutradara James Cameron.

“Siapa yang tidak mahu dan bersemangat apabila dapat berlakon filem di hutan New Zealand dan bekerjasama dengan orang-orang hebat seperti James? Filem ini benar-benar luar biasa,” tuturnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan