Sein-Nana Juarai Sehati Berdansa Musim Ketiga

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pasangan Sein dan Nana dinobatkan sebagai juara program pertandingan tarian, Sehati Berdansa pada Malam Kemuncak Sehati Berdansa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam ini.

Pasangan suami isteri itu membawa pulang hadiah sehingga RM200,000 iaitu sebuah kereta Audi A4 (1.8) , pakej bulan madu ke Rom Itali beserta trofi setelah menewaskan pasangan Sazzy dan Nazril pada program yang disiarkan secara langsung di Astro Ria itu.

Badan kebajikan yang diwakili oleh pasangan juara itu iaitu Persatuan Albinisma Kuala Lumpur pula menerima wang tunai berjumlah RM20,000.manakala koreografer pasangan tersebut juga, Bayu turut menerima hadiah pakej percutian ke Rom, Itali beserta sebuah trofi.

Dalam pada itu, naib juara pasangan Sazzy dan Nazril menerima pakej percutian ke Australia beserta sebuah trofi dan badan kebajikan yang diwakili mereka iaitu Persatuan Parkinson Malaysia menerima wang tunai berjumlah RM 15,000.

Juara Sehati Berdansa malam tadi ditentukan 100 peratus berdasarkan undian SMS oleh penonton manakala Joseph Gonzalez, Linda Jasmine, Lisdawati dan Fauzi Nawawi bertindak selaku pengkritik pada program akhir itu.

Kedua-dua pasangan selebriti itu telah mempersembahkan dua jenis tarian iaitu Kurik Kundi dan Tarian Latin dengan bimbingan koreografer masing-masing.

Program akhir yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad, Scha AlYahya dan Awal Ashaari itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh enam lagi pasangan selebriti yang telah tersingkir daripada program tersebut sebelum ini.

Program pertandingan tarian yang disertai oleh para selebriti dan pasangan masing-masing itu adalah hasil adaptasi dari program India,

Mereka mewakili badan kebajikan masing-masing di mana setiap minggu sebanyak RM1,000 akan disumbangkan kepada badan-badan tersebut jika pasangan yang mewakilinya masih kekal di dalam program itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan