Peminat Dimaki James Cameron Kerana Minta Autograf

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

James Cameron bukan sahaja bijak mengarah filem malah lebih 'bijak' mengatur bicara.
James Cameron bukan sahaja bijak mengarah filem malah lebih 'bijak' mengatur bicara.

PENGARAH filem Avatar, James Cameron bukan sahaja hebat di kerusi pengarah, malah dia juga 'hebat' mengungkap kata-kata yang biadap dan kasar kepada seorang peminat yang cuba untuk mendapatkan autografnya di Lapangan Terbang LAX, Los Angeles, baru-baru ini.

James enggan untuk menurunkan tanda tangannya apabila dihampiri oleh seorang peminat lelaki yang cuba mendapatkan autografnya di atas poster filem itu.

Melihatkan reaksi dingin James, peminat tersebut cuba menghampiri James sekali lagi. Malangnya, bukan autograf yang diberikan, sebaliknya maki hamun yang berbunyi, "Aku tidak mempunyai tanggungjawab untuk turunkan sebarang tanda tangan pada engkau... sila berambus dari sini."

Disebabkan terlalu geram dengan tindakan biadap James, peminat itu lantas menjawab, "Adakah aku kelihatan terlalu hina dan terhegeh-hegeh hanya kerana ingin mendapatkan autograf seorang pengarah yang aku kagumi? Aku sanggup menggunakan wang simpanan semata-mata untuk menonton filem ini dan beginikah cara kau melayan seorang peminat?"

Namun, James tetap tegar menghayun langkah dan berlalu pergi walaupun peminat tersebut terus menjerit dan memaki hamun ke arahnya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan