Charlie Sheen Ditahan Polis

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheen telah ditahan atas kesalahan melakukan keganasan tahap kedua dan juga di atas dakwaan melakukan kekacauan kecil.
Sheen telah ditahan atas kesalahan melakukan keganasan tahap kedua dan juga di atas dakwaan melakukan kekacauan kecil.

LOS ANGELES: Pelakon dan bintang utama siri drama komidi "Two and a Half Men” Charlie Sheen telah ditahan di bandar peranginan Aspen, Colorado atas dakwaan keganasan domestik, demikian menurut agensi berita Reuters hari ini.

Sheen, 44, telah ditahan atas kesalahan melakukan keganasan tahap kedua dan juga di atas dakwaan melakukan kekacauan kecil, Reuters memetik polis Apsen sebagai berkata dalam satu kenyataan rasmi.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Sheen yang juga merupakan anak kepada pelakon Hollywood popular Martin Sheen yang terkenal dengan watak presiden Amerika dalam siri “The West Wing” akan kekal di dalam tahanan polis tanpa dibenarkan ikat jamin sehinggalah kesnya disebut di mahkamah Pitkin County, Colorado.

Bagaimanapun, tarikh prosiding mahkamah masih belum ditetapkan.

Polis dalam kenyataannya tidak menyebut siapakah orang yang diserang oleh Sheen tetapi sebuah laman web selebriti Radar Online melaporkan Sheen ditahan selepas dia menghalau isterinya, Brooke Mueller, ekoran satu pertengkaran hangat.

Sementara itu, jurucakap Sheen, Stan Rosenfield, enggan mengesah atau menafikan berita mengenai penahanan Sheen tetapi berkata, pasangan suami isteri itu memang sedang menghabiskan cuti krismas dekat kediaman keluarga Mueller di Aspen ketika kejadian penahanan itu berlaku.

Rosenfield turut meminta orang-ramai supaya tidak membuat sebarang kesimpulan melulu berkaitan insiden terbaru ini.

Sheen dan Mueller, 32, berkahwin pada 2007. Isterinya juga adalah bekas seorang aktres dan agen hartanah. Mueller adalah isteri Sheen yang ketiga. Pasangan ini dikurniakan dengan pasangan anak lelaki kembar April tahun ini.

Sheen sebelum ini pernah berkahwin dengan aktres terkenal dan bekas pasangan James Bond, Denise Richards. Mereka dikurniakan dua orang anak perempuan. Perkahwinan mereka selama empat tahun berakhir dengan penceraian pada tahun 2006.

Pelakon bermasalah itu yang pernah membintangi filem-filem hebat seperti "Platoon" dan "Wall Street," telah melalui zaman malap kerana masalah dadah dan keganasan rumah tangga termasuklah hubungannya yang pasang-surut dengan Denise.

Bagaimanapun bintangnya kembali menyinar apabila dia diambil berlakon dalam siri sitkom terbitan CBS "Two and a Half Men," sehingga rating sitkom tersebut melonjak sebagai antara yang paling popular di Amerika.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan