Tania Hudson Tidak Mahu Dibayangi Natasha

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG muda yang baru menyinari dunia hiburan tanah air, Tania Hudson, 24 tidak mahu terus dibayangi dengan populariti kakaknya Natasha Hudson.

Tania yang mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan mahu dirinya dikenali melalui bakat sendiri, bukan kerana tempias kontroversi penceraian kakaknya.

"Memang saya akui sekarang orang kenal saya disebabkan populariti kakak saya Natasha, selepas ini saya akan cuba bawa bakat saya dan orang kenal saya kerana bakat bukan kerana saya adik Natasha.

"Saya dengan Natasha mempunyai perwatakan yang sama tapi saya akan cuba untuk memberi kelainan antara saya dan dia, saya percaya lama kelamaan orang akan boleh terima saya.

"Tapi buat masa ini saya belum rimas kalau masih ada orang kenali saya sebagai adik kepada Natasha, sebab dia juga adalah idola saya dan banyak mengajar saya dalam dunia seni," ujar Tania yang kini sibuk dengan pengambaran drama ‘Mayang Mengurai’ untuk slot Lagenda di TV3 Januari depan.

Bercerita tentang pembabitan dalam dunia hiburan, dia bermula dengan 'modeling' sebelum berjinak-jinak dalam dunia lakonan menerusi telefilem Nadira, Antara Denai dan Lagu Kita, dan yang terbaru dia dipilih sebagai teraju utama ‘Mayang Mengurai’.

Kata Tania bukan mudah untuk membawa watak Mayang Mengurai, dia terpaksa menggunakan tiga rambut palsu yang diperbuat khas daripada benang yang baik.

"Selama pengambaran yang dibuat sudah tiga kali rambut palsu ditukar supaya betul-betul sesuai dengan kepala saya, kali ini agak ringan dan mudah untuk dibawa berbanding rambut yang sebelum ini, setiap kali pengambaran kepala saya sakit," ujar Tania yang ditemui di majlis ramah mesra drama ‘Mayang Mengurai’ di Calton Holiday, Shah Alam hari ini.

Tania mengakui sifat pemalu dalam dirinya masih ada dan dia dalam proses mengikis sifat malu tersebut secara perlahan-lahan.

"Adegan Mayang Mengurai memerlukan saya mengeluarkan emosi yang berbeza dari lakonan saya sebelum ini, saya cuba untuk membuang sifat malu untuk melakonkan watak ini dengan baik.

"Ia lebih mencabar dan saya banyak belajar dari pelakon lama seperti Anne Ngasri dan Zarina,” ujar Tania yang baru pulang dari pengambaran selama tiga hari di Kellie’s Castle, Perak.

Dia menganggap peluang yang diberikan ini adalah satu cabaran terutamanya sebagai pendatang baru.

‘Mayang Mengurai’ merupakan adaptasi cerita dongeng ‘Rapunzel’ akan ke udara pada pukul 4.30 petang dari hari Isnin (12 Januari) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3.

Sementara itu, antara barisan pelakon drama bersiri ini adalah Anne Ngasri (Mayang Indera), Zarina AF (Mayang Merdu), Ammar (Khalif), Kamal Adli (Shahrul), Sabrina Ali (Kornilam) dan ramai lagi.

Ketika ditanya tentang sakit misteri yang dialaminya, Tania berkata dia menghidapi penyakit Arteriovenous Malformation (AVM) yang jarang diketahui umum.

"Saya dah buat pembedahan untuk membuang sakit tersebut namun ia masih lagi dibawah pemantauan doktor, saya masih buat rawatan untuk pastikan betul-betul pulih.

"Sakit ini seorang daripada 500 orang yang berkemungkinan menghidapinya dan alhamdulilah saya berjaya membuangnya sebelum lebih parah," kata Tania yang sebulan terlantar di Hospital Selayang pertengahan tahun lalu.

Katanya itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlakon dan menjadikan lakonan sebagai kerjayanya kini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan