Pasha Ungu Berbaik Semula Dengan Bekas Isteri?

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN vokalis band Ungu, Pasha dan bekas isterinya, Okie Agustina dikhabarkan kembali baik apabila mereka sudah berbual tentang perancangan tahun baru.

Pasha dan Okie kerap kali berhubung antara satu sama lain untuk merancang sambutan tahun baru namun belum pasti sama ada mereka akan meraikannya bersama-sama atau tidak.

”Kami sudah berbincang tetapi belum ada kata putusnya. Kami tidak bergaduh lagi dan selalu berhubung menerusi telefon. Semuanya baik-baik belaka,” kata Pasha di Ancol, Jakarta Utara, kelmarin.

Pasha berkata, dia sendiri belum pasti sama ada boleh menyambut tahun baru bersama anak-anak atau tidak.

“Saya memang teringin untuk membawa anak-anak keluar di malam tahun baru tetapi masih belum mendapat apa-apa keputusan,” ujarnya.

Sekarang, tiga orang anaknya berada di bawah jagaan Okie.

Hanya sekali-sekala Pasha akan bertanyakan tentang khabar mereka iaitu Kisya Alvaro Putra Sigit, Shakinah Azalea Napasha dan Nasha Anaya Putri Valentina.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan