'Penyembuh Rindu' Mawi Kian Hangat Mendaki Carta

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAGU tema filem “Magika” nyanyian Mawi dan Diana Danielle berjudul ‘Penyembuh Rindu’, semakin hangat mendaki anak tangga carta lagu di stesen-stesen radio tempatan. Lagu ciptaan Edry dari KRU Music ini telah menduduki tangga Carta Era dan Hot.FM selama tiga minggu berturut-turut.

Selain menyanyikan lagu tema filem Magika berjudul ‘Penyembuh Rindu’, Mawi yang bernaung dibawah label Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) berjaya membuktikan bakat cemerlang dalam bidang lakonan apabila berjaya mendokong watak utama dalam filem ‘Magika’.

‘Magika’, filem kedua (2) lakonan Mawi yang mendapat pujian dan ulasan positif pihak media, dijangka akan ke pawagam pada awal 2010.

Kehangatan ‘Penyembuh Rindu’ mendorong Astro Entertainment Sdn Bhd untuk bekerjasama dengan KRU Music dengan menyiarkan klip muzik video lagu ini, yang akan disiarkan di saluran RIA bermula 19 Disember 2009 melalui slot Tayangan Perdana Video Muzik Terkini, pukul 11.00 malam.

Selain saluran Ria, ia juga akan disiarkan di saluran Prima, Citra, Ceria, dan saluran interaktif @15.

Para pendengar juga berpeluang memuat turunkan lagu ‘Penyembuh Rindu’ menerusi nada dering dilaman web Maxis, Digi dan Celcom.

Selain lagu duet bersama Diana Danielle, Mawi juga bakal muncul dengan album baru berjudul ‘Idolaku’.

Masih mengutarakan konsep duet, Mawi akan berpadu suara dengan idola-idolanya yang selama ini telah menjadi sumber inspirasi beliau dalam bidang nyanyian.

Bintang-bintang kesayangan Mawi yang terpilih adalah Hattan, Ramli Sarip, M.Nasir, Jamal Abdillah, Ogy Ahmad Daud dan Datuk Jefrydin. Album ini dijangka menemui peminat pada Februari 2010.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan